Followers

Showing posts with label manusia kejam. Show all posts
Showing posts with label manusia kejam. Show all posts

Sunday, November 7, 2010

Cinta dulu vs Cinta sekarang




Assalamulaikum...

seingat aku masa zaman kecik-kecik dulu ade la satu kes yang amat menggemparkan di kampung aku. kes nya bukan la gempar sangat kalau benda tu berlaku sekarang. peristiwa yang berlaku tak lain dan tak bukan ialah ada sorang gadis kampung aku mengandungkan anak luar nikah. masa tu satu kampung heboh, pergi je mana-mana pun mesti ada orang duk cerita pasal benda tu. bukan main heboh lagi, keluarganya habis malu. malu nak keluar rumah, malu nak kekedai ekoran peristiwa itu. tapi sekarang lain pulak jadinya, benda-benda macam tu dah jadi macam perkara biasa. dah tiada apa yang nak disorokkkan lagi, dah jadi macam perkara tu bukan satu kesalahan. entah apa yang nak jadi dengan dunia sekarang...

mari kita cuba tengok apa bezanya antara cinta dulu dan cinta sekarang..

CINTA DULU dating tempat terang..
CINTA SEKARANG suka jumpa malam-malam..

CINTA DULU hukum Allah didahulukan..
CINTA SEKARANG agama letak dibelakang..

CINTA DULU kawin dulu anak kemudian..
CINTA SEKARANG anak dah 2 orang sorang dalam jamban sorang dalam longkang..

CINTA DULU susah tangan nak berpegang-pegang..
CINTA SEKARANG tak sempat pegang tangan duk syok menyelam..

CINTA DULU mak bapak selalu melarang..
CINTA SEKARANG bapak tegur silap-silap makan terajang..

CINTA DULU hidup semati susah dan senang..
CINTA SEKARANG awak "bagi" saya sayang, tak "bagi" saya tinggalkan..

Tuesday, June 22, 2010

bila hujan datang

aku berjalan dalam hujan melayan kesedihan


Hujan. Awan-awan putih berarak, berhimpun sesama mereka membentuk satu gumpalan awan hitam yang pekat. Awan yang sepanjang hari putih bersih meneduhiku telah berubah, bertukar menjadi penghalang. Menghalang sinar suria dari menerangi hidupku. Sinar yang sepanjang hari menerangiku telah terhalang. Terhalang membentuk bayang. Bayang yang menggelapkan pandangan ku. Aku hanya menunggu di tepian memikirkan hujan yang bakal mendatang. Sempatkah aku berlari berteduh sekiranya aku meneruskan pejalananku. Sesungguhnya pejalanan ku adalah panjang, satu kembara yang ke destinasi yang tiada penghujungnya.

Angin sudah mula bertiup kencang. Menerbangkan daun-daun kering yang kelayuan, daun-daun yang selama ini terikat erat pada reranting yang selama ini teguh memegang. Tinggalah ranting bercabang dengan jari-jemarinya keseorangan, sudah menjadi lumrah alam yang tua layu akan gugur kecundang dan yang muda akan muncul sepertimana kitaran alam. Itu semua sudah dirancang. Itu semua sudah ditentukan. Namun gugurnya dedaun tua bukan lah tanpa sebab dan tujuan. Gugurnya mereka ada hikmah nya.

Aku masih disini mencongak akan kehadiran hujan. Kilat mula gagah membelah langit, sabung-menyabung, alam menjadi cerah. Namun sinar yang dipancarkannya hanya seketika, cukup sekadar sedetik cuma. Selang seketika guruh pula datang membingitkan, mengejutkan sekalian alam, mengejutkan aku yang selama ini terlena panjang. Lena dalam mimpi yang tiada kesudahan. Tapi sayang masih ada yang tetap dibuai mimpi, diulit mainan tidur. Guruh yang berdentum sikit pun tidak dihiraukan. Masih ada yang tetap setia menarik selimut menutupi badan. Angin sejuk yang menghembus umpama satu kenikmatan, nikmat yang yang sama sekali tidak dijangkakan. Tidurlah, teruskanlah bermimpi, jangan menyesal jika ketinggalan kerana aku sudah nekad untuk meneruskan perjalanan. Biarlah aku basah berhujan, asalkan aku tidak jauh kebelakang.

Akhirnya, titis-titis mula kelihatan. Mula turun membasahkan bumi yang selama ini kontang dan gersang. Biarkanlah andainya aku basah, biarlah aku lenjun dibasahi hujan. Aku jadikan ini satu pengalaman, bagiku tiada ilmu dan pengajaran yang lebih baik daripada pengalaman. Ia mengajarku erti susah dan senang, ia mengajarku erti kehidupan, mengajarku erti kematangan. Semoga apa yang aku pelajari ini dapat menjadi bekal untuk aku tempuhi hari-hari mendatang. Aku tetap melangkah menempuhi jalan-jalan yang berlopak becak. Hujan tetap turun mecurah kan airnya. Alam mula dibersihkan kotorannya, dialirkan semuanya kesungai dan longkang. Membawa semua kekecewaan nya penyesalan yang selama ini ditinggalkan oleh penghuninya. Semoga air yang menimpaku ini bakal menyucikan aku dari segala dosa silam, dari semua kesilapan.

Melangkah dan terus melangkah, akhirnya hujan yang menimpa mula berkurangan. Guruh yang kencang berdentum mula tidak kedengaran, kilat petir juga mula tidak kelihatan. Awan-awan hitam juga mula beredar, sudah habis air yang dikandung ia mula hilang dari pandangan. Tersenyum aku melihat awan putih mula bertandang, terpandang aku jalur-jalur berwarna dikaki langit. Merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila, dan unggu. Cantik nya ciptaan Mu. Alangkah ruginya bagi sesiapa yang masih terlelap, terlepas dari menyaksikan indah cantiknya pelangi.
Sinar mula kelihatan malu-malu mengintai di celah awan, cahaya nya mula memenuhi alam. Tersenyum aku keseorangan, sinar yang ditunggu mula kelihatan, namun perjalananku masih panjang. Aku terus melangkah dan berjalan, ke satu destinasi yang masih jauh dihadapan. Menuju ke destinasi impian, ke puncak kejayaan, ke gunung harapan, ayuh kawan temani lah aku berjalan.

Wednesday, June 9, 2010

Jika itu yang kau cari..

Jika itu yang kau cari..
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat semua insan yang sudi meluangkan masa menjenguk ke blog milo yang tak seberapa ini. Kalau entri sebelum nih aku ada merepek-repek pasal pesanan buat sang pencinta. Buat pengetahuan semua entri itu dibuat selepas aku tengok cerita Semerah Cinta Stilletto. Kalau ada yang perasan bait-bait ayat yang pertama tu aku ambik dari cerita tu la. Oleh kerana banyak respon yang aku dapat untuk entri jiwang tu. Jadi kalu ini terimalah entri jiwang yang kedua, masih panas dari MiloPanas.
JIKA ITU YANG KAU CARI.....

Memang sudah menjadi lumrah kehidupan setiap apa yang di cipta sememangnya berpasangan. Siang pasanganya malam, haiwan pula ada jantan dan betina nya, demikianlah juga dengan manusia. Memang setiap insan yang pernah wujud, masih wujud mahupun yang bakal wujud sudah ditetapkan akan siapa pasangan nya. Namun begitu, bukan mudah untuk mendapatkan pasangan itu. Kita perlu mencari dan memilih dengan sewajarnya akan pasangan diidamakan. Pasangan perlu dicari, ia sama sekali tidak akan datang bergolek. Samaada pasangan yang dicari itu berspesis gila, atau waras, pilihannya ditangan anda. Anda mampu mengubahnya..
Ada yang mencari pasangan untuk bersuka-suka, pasangan yang boleh dipeluk diraba. Tidak pelik kalau aku ingin katakan kalau ada manusia yang gemar mencari pasangan yang GELAP. Gelap bukan lah beerti yang mempunyai kulit yang tertinted hitam tetapi gelap yang dimaksudkan ialah yang sukakan tempat-tempat yang gelap, di panggung-panggung supaya boleh meraba-raba pu*&&^%g, di semak-semak agar boleh main selak-selak, di rumah-rumah tumpangan untuk main tunggang-tunggang, di kawasan-kawasan air terjun biar boleh main selam-selam. Pasangan-pasangan gelap inilah yang menjadi kilang-kilang membuat bayi secara haram. Apabila pengeluaran melebihi permintaan mulalah prodak-prodak ini dibuang terbiar di sungai, surau, hatta di tong-tong sampah. Inilah bukti kasih sayang dan cinta yang selama ini diusahakan oleh tauke-tauke GELAP. Itulah hasilnya jika itu yang kau pilih. Tahniah.


Akan tetapi ada juga yang bijak memilih, jenis yang tahu bagaimana cara untuk menggunakan akal anugerah tuhan dengan seelok-eloknya. Mencari pasangan bukan sekadar untuk melempiaskan nafsu semata-mata akan tetapi sebagai satu cara untuk mengelakkan maksiat. Tempat-tempat untuk berjumpa bukan lah di celah-celah batu Air Terjun Gabai, juga bukan di hotel-hotel murah dengan bertemankan tilam bujang. Aktiviti yang dilakukan bukan lah tunggang-menunggang dan selam-menyelam. yang di hasilkan pula bukan lah anak-anak yang tak berbapa. Bukan anak-anak yang tidak diperdengarkan azan ataupun iqamat di telinganya. Bukan penyesalan yang terbuku dihati apabila seorang insan keluar dari rahim insan yang dicintai akan tetapi linangan air mata kegembiraan yang mengalir yang menyambut kelahirannya. Inilah yang kita dapat jika ini yang kita pilih. Tahniah.

sekian saja buat kali ni. Berfikirlah sebaiknya sebelum membuat pilihan. Pilihan ditangan anda, bukan ditangan aku, bukan ditangan sesiapa. Yang baik sila la ambil dan yang buruk boleh la tiggalkan. Rajin-rajin la letakkan komen mahupun kritikan.


Lagi satu hal kalau nak copy entri nih sila la tiada siapa nak menghalang. Tapi sila la letakkan link blog ni k. Assalamulaikum....

Friday, April 23, 2010

KITA BILA DAH TAK PEDULI (milopanas)


manusia ini sepatutunya mempunyai sifat-sifat terpuji
sebab kita dah dianugerahkan dengan akal fikiran.
tapi itu semua ramai orang dah letak kat kaki
sekarang ni. sebab diorang banyak dah TAK PEDULI
sama ada diorang manusia ataupun haiwan yang
tak berakal..


Kita bila dah tak peduli makanan halal dan haram.


banyak botol arak dalam simpanan kat rumah, bir dalam
peti sejuk, tunggang air setan macam minum teh tarik
hmm,, kalaulah teh tarik tu semurah teh tarik sebenar,
rasanya makin ramai kot yang semakin buta antara
halal dan haram.

kita bila dah tak peduli batasan lelaki dan perempuan.



banyak tong sampah,surau,longang dah dijadikan tempat
pembuangan bayi tak berdosa. tu semua sebab suka
sangat mendekatkan diri antara lelaki dan wanita,
dah tak kirabukan suami atau bukan isteri.
semua halal.

kita bila dah tak peduli jiran-jiran.

jiran meninggal dua minggu lepas, baru nak tahu
hari ni. tu pun sebab keluarga jiran yang meninggal
tu panggil kenduri doa selamat. kalau tidak mungkin
setahun lagi baru khabar berita tu sampai. lain kali
tak payah la nak pedulikan orang keliling ye.

kita bila dah tak peduli cakap mak ayah.


lari ikut warga asing ke negara masing-masing,
lawan cakap mak ayah sebab semua semua cakap kekasih
yang betul. last-last bila dah merana kat tempat
orang, pandai pulak mintak tolong kat mak ayah.
suruh bawak dia balik ke tanah air tercinta.
PIGIDAH!!

kita bila dah tak peduli kampung halaman.


balik kampung lima tahun sekali, tu pun sebab ada
urusan membahagikan harta, kematian sedara mara.
raya pun tak sempat nak balik, sibuk kejar dunia.
akhirnya bila terkahwin dengan muhrim sendiri
pun tak tahu.

kita bila dah tak peduli ilmu pengetahuan.


tang serononya kejar kemasyuran, kegemilangan,
nak jadi apa. nak jadi penyanyi..
nak jadi apa. nak jadi pelakon..
takde yang nak jadi pensyarah,
takde yang nak jadi doktor..
buat apa belajar lambat...
jadi penyanyi dari kecik-kecikkan dah boleh
jadi kaya cepat..

Wednesday, April 21, 2010

bertamadunkah kita?



ditahun 2010..

tiada perubahan besar di dunia moden ini kecuali
bangunan-bangunan pencakar langit yang lebih canggih
kekayaan dan kekuasaan masih merupakan syarat-syarat
yang penting untuk terus hidup di bumi ini. adat
ini sememangnya tidak dapat diubah lagi. nyatalah,
manusia ialah makhluk yang rakus dan tamak. mereka
tidak berpuas hati lagi dengan segala harta yang
diperoleh dengan menggunakan not-not kertas yang
bernama WANG.

manusia pada zaman ini lebih gemar melakukan
perkara-prkara yang abnormal untuk mencari keseronokan
serta kerja-kerja yang menyalahi undang-undang.
sejak manusia mpemeradaban, banyak kemajuan yang
telah diperoleh. kawasan-kawasan permai telah menjadi
idaman setiap orang. akan tetapi dapatkah para manusia
mengimbas kembali segala keburukan dan kekejaman yang
timbul akibat arus kemodenan itu?

peperangan, kelaparan, pemerintah yang diktatorial,
peramapasan kuasa, keganasan, ketamakan dan hawa nafsu
yang tidak terbatas merupakan perkara remeh-temeh bagi
manusia salam mengejar kemajuan dan kemodenan! adakah
perkara-perkara sebegini timbul disebabkan oleh sikap
manusia itu sendiri ataupun ia merupakan satu proses
semula jadi dalam perkembangan tamadun manusia?
BERTAMADUNKAH KITA?

sudah letih jari aku menaip. sudah letih mataku
mengadap skrin LCD BENQ 19". sudah kering
otakku diperah untuk menyiapkan entri untuk
tatapan korang.
sudi-sudikan lah untuk mencoret
sedikit pendapat di ruangan komen.

Sunday, April 18, 2010

semoga kau aman disana adik Syafia Humaira Sahari

semoga kau aman disana adik Syafia Humaira Sahari~
Alfatihah...
assalamulaikum, entah kenapa tiba-tiba aku bercerita pasal kes
adik Syafia
kali nih.walaupun kes nih sudah hampir 2 bulan
berlalu namun aku berasaterpanggil untukberkongsi apa yang
sedang di rasai oleh aku sekarang. tiada apa yang aku boleh
buat selain melahirkan rasa simpati atas apa yang sudah
ditkhdirkan untuk berlaku ini.


pada 25 februari yang lalu kita sekali lagi digemparkan
dengan kematian adik syafiya humaira, allahyarham telah
meninggal ekoran di dera, disepak terajang oleh teman lelaki
ibunya. mangsa meninggal dunia ekoran kecederaan serius
berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah bahgian abdomen.

"syaitan telah menguasai mereka dan menjadikan
mereka melupakan peringatan Allah, mereka itu
golongan syaitan,merekalah orang-orang yang rugi.."


tragedi penganiayaan kanak-kanak yang berlaku di negara
kita baru-baru ini begitu menyentuh perasaan ramai pihak.
ramai yang marah dan sedih. ada yang mengutuk dan menghina
latar belakang keluarganya sehingga mengeluarkan kata-kata
aib. adakah itu yang sepatutnya kita lakukan?

jiwa kecil yang tidak berdaya ini memang tidak mampu untuk
mempertahankan diri dari ditampar, disepak atau terajang
daripada manusia zalim yang menganianya. tapi kematiannya
telah menyedarkan kita tentang sesuatu yang amat besar.
masalah yang sudah sekian lama menjadi penyakit dalam
masyarakat kita.

#ada golongan yang hanya gemar melihat dan bersimpati
tapi sebenarnya tidak ambik peduli.
"kesian, ah lantaklah."


#ada golongan yang mampu membantu tapi memilih untuk
menjadi BATU,
"saya nampak!! dia tendang, sepak budak tu"


ada golongan yang cuma tahu hina, caci dan maki..
tanpa usaha untuk memahami.
"%^&**!! bapak masuk penjara, mak ngan jantan lain."


kadang-kadang kita cuma tahu menghina dan mengeji tanpa
cuba untuk memahami walaupun sekelumit. kita tahu syaitan
ada dimana-mana tapi kadang-kadang kita tak nampak setan
yang bijak bersembunyi. kadang-kadang telinga kita tak
mampu mendengar jeritan jiwa kecil dari hati. dan ketika
itulah terbitnya ruang setan merasuk akal dan sanubari.


surah al an'aam: ayat 122;
"DAN APAKAH ORANG YANG SUDAH MATI
KEMUDIAN KAMI
HIDUPKAN DAN KAMI
BERIKANNYA CAHAYA YANG TERANG,

YANG DENGAN CAHAYA ITU DIA DAPAT
BERJALAN
DI TENGAH-TENGAH MASYARAKAT
MANUSIA YANG KEADAANNYA
BERADA DIDALAM
GELAP GELITA DAN TIDAK DAPAT
KELUAR
DARIPADANYA."
al-fatihah buat arwah adik syafia humaira.

ada sebab kenapa aku berasa amat tersentuh dengan kisah
ini, aku juga ada adik dan sepupu yang sebaya dengan
mangsa. sepanjang aku bersama dengan mereka, terselit
juga sedikit sebanyak kesilapan.. sebenarnya bukan mudah.
kalau mereka nakal cukuplah sekadar menjentik untuk
mendidik bukan untuk menghukum..

anak kecil ibarat kain
yang putih, jika kita
siram mereka dengan
pelbagai warna, dunia
akan menjadi lebih indah..
WALLAHUALAM~

Sunday, February 7, 2010

budak MICHELIN!

adooii!!! entah ape la yang mak bapak
budak ni kasik kat budak nih.
teruk benor dah aku tengok budak
ni sorang. berlipat-lipat~~~




dua dunia berbeza!

  • dua kedai yang berbeza. dua dunia yang berbeza!



Saturday, February 6, 2010

Geng Bas Sekolah

Truly Malaysia... budak-budak sekolah berhimpit kat dalam bas. harap-harap la pihak berkuasa boleh mementau bas-bas sekolah yang beroperasi tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan... kesian kot tengok budak-budak perempuan ni berhimpit kat bonet van nih.. adooiii!!!


Monday, October 19, 2009

kejam

Nama anak kecil ini adalah Varsha. Varsha dilaporkan hilang di dalam perjalanan untuk menghadapi peperiksaan UPSR baru-baru ini. Varsha dijumpai mati di dalam sebuah guni dalam keadaan yang amat tragis sekali. Alahai dunia, dunia. Apalah salah si kecil itu.









dari ohtidak.com

pembunuhan kejam

kali ni aku nak memaparkan gambar pasal satu pembunuhan yang aku sendiri tak tau kat mane. tapi yang pasti mangsa telah dibunuh dengan kejam. anggota mangsa telah dipotong dan di simpan didalam peti sejuk. Ya Allah selamatkan lah aku , keluarga ku, dan kawan-kawan ku dari kejadian seperti ini, Aminnn....





Sunday, October 18, 2009

aduh zakarku dipotong.



ya Allah. kejam nye manusia. bleh plak diorang belah benda alah tu. auuu.....
pe jenis manusia la yang sanggup buat macam ni. ingat ni bukan gambar porno k. gambar ni aku ambik kat (http://syahrilkadir.wordpress.com/2008/07/22/surat-untuk-en-radovan-karadzic/) korang cube la tengok.