Followers

Showing posts with label masyarakat.. Show all posts
Showing posts with label masyarakat.. Show all posts

Monday, November 8, 2010

Kesiannya Orang Minyak.....

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan salam 1Dunia...

kali ni aku rasa nak post pasal orang minyak.. tapi sebelum tu. Torres score 2 bijik gol lawan Chelsea pagi tadi. 2-0. berbalik pada kisah orang minyak.

orang minyak yang aku maksudkan, bukanlah insan yang berkerja dengan syarikat cari gali minyak, juga bukan pak cik yang jual minyak urut untuk menguatkan tenaga batin di kaki-kaki lima. dan orang minyak yang aku maksudkan juga bukan mat-mat bangla yang berkerja di stesen-stesen minyak. ORANG MINYAK. pengamal ilmu hitam yang melumurkan badannya dengan minyak yang kebiasaaannya berwarna hitam legam. sehitam Drogba yang kalah semalam. hahaha.. biasanya orang minyak ni berjantinakan lelaki.
(ada ke perempuan jadi orang minyak??)

daripada cerita-cerita orang minyak yang banyak difilemkan atau pun cerita dari orang-orang tua. Antara syarat-syarat amalan ilmu hitam yang selalu dikaitkan dengan orang berminyak ini ialah merogol 40 orang anak dara ( yang tak dara tidak dikira) bagi membolehkan mereka menguasai amalan ilmu hitam yang dituntut oleh mereka. akan tetapi kisah orang minyak tidak lagi kedengaran sekarang. kemana hilangnya orang minyak yang selama ini heboh diseluruh malaya.

korang rasa sebab apa? hehehe....

ni pendapat aku, korang nak percaya pun boleh tak nak percaya pun aku tak kisah. pada hemat aku la, orang minyak pun dah malas nak amalkan ilmu hitam tu. iyela, zaman sekarang bukannya senang nak cari anak dara untuk dirogol. kalau sorang dua mungkin tak menjadi masalah sangat. tapi kalau nak rogol 40 orang anak dara, aku rasa pening jugak si "Drogba" tu nak mencari. iyela, zaman sekarang bukan macam zaman dulu-dulu. anak dara bersepah bukan macam sekarang. maaf la aku bukan nya nak kata yang zaman sekarang nih amat susah nak cari anak dara. tapi kita tengok sendiri la, bagaimana cara hidup kita sekarang. yang halal diharamkan yang nyata haram itu jadi ikutan. pelikkan.. tiap-tiap hari mesti ada saja kes-kes kena tangkap basah, lahir anak luar nikah, ini la produk kita sekarang. tengok sajala pergaulan anak muda sekarang(termasuk yang duk menaip ni) sudah tiada lagi batasan. tapi aku percaya dalam kekalutan hidup kita ni masih ramai lagi yang hidupnya tidak jauh hanyut mengikut barat. sedarkah kita, jika dulu kita beranggapan bahawa barat itu budaya nya teruk. tapi kini apa bezanya barat dan kita? kalau dulu rambut nya berbeza tapi kini melayu yang emaknya jawa bapak nya bungis (kompem anaknya melayu) tapi rambutnya ada perang, merah, hijau.. kalau barat bajunya hanya tali dan cebisan-cebisan kain. apa kurangnya kita sekarang? baju kurung hanya dipakai bila kesekolah. hal makan minum dan pergaulan malas aku nak huraikan. korang pikir la sendiri.

Apa-Apa pun aku bukan la baik sangat nak tegur budak timur yang berlagak America nih. cuma aku ingin sama-sama ingat-ingatkan, ingatkan diri korang dan diri aku sendiri juga.


RAKSAKSA LAWAN OTOMEN.. DAH BACA SILA KOMEN....

Sunday, November 7, 2010

Cinta dulu vs Cinta sekarang




Assalamulaikum...

seingat aku masa zaman kecik-kecik dulu ade la satu kes yang amat menggemparkan di kampung aku. kes nya bukan la gempar sangat kalau benda tu berlaku sekarang. peristiwa yang berlaku tak lain dan tak bukan ialah ada sorang gadis kampung aku mengandungkan anak luar nikah. masa tu satu kampung heboh, pergi je mana-mana pun mesti ada orang duk cerita pasal benda tu. bukan main heboh lagi, keluarganya habis malu. malu nak keluar rumah, malu nak kekedai ekoran peristiwa itu. tapi sekarang lain pulak jadinya, benda-benda macam tu dah jadi macam perkara biasa. dah tiada apa yang nak disorokkkan lagi, dah jadi macam perkara tu bukan satu kesalahan. entah apa yang nak jadi dengan dunia sekarang...

mari kita cuba tengok apa bezanya antara cinta dulu dan cinta sekarang..

CINTA DULU dating tempat terang..
CINTA SEKARANG suka jumpa malam-malam..

CINTA DULU hukum Allah didahulukan..
CINTA SEKARANG agama letak dibelakang..

CINTA DULU kawin dulu anak kemudian..
CINTA SEKARANG anak dah 2 orang sorang dalam jamban sorang dalam longkang..

CINTA DULU susah tangan nak berpegang-pegang..
CINTA SEKARANG tak sempat pegang tangan duk syok menyelam..

CINTA DULU mak bapak selalu melarang..
CINTA SEKARANG bapak tegur silap-silap makan terajang..

CINTA DULU hidup semati susah dan senang..
CINTA SEKARANG awak "bagi" saya sayang, tak "bagi" saya tinggalkan..

Tuesday, June 22, 2010

bila hujan datang

aku berjalan dalam hujan melayan kesedihan


Hujan. Awan-awan putih berarak, berhimpun sesama mereka membentuk satu gumpalan awan hitam yang pekat. Awan yang sepanjang hari putih bersih meneduhiku telah berubah, bertukar menjadi penghalang. Menghalang sinar suria dari menerangi hidupku. Sinar yang sepanjang hari menerangiku telah terhalang. Terhalang membentuk bayang. Bayang yang menggelapkan pandangan ku. Aku hanya menunggu di tepian memikirkan hujan yang bakal mendatang. Sempatkah aku berlari berteduh sekiranya aku meneruskan pejalananku. Sesungguhnya pejalanan ku adalah panjang, satu kembara yang ke destinasi yang tiada penghujungnya.

Angin sudah mula bertiup kencang. Menerbangkan daun-daun kering yang kelayuan, daun-daun yang selama ini terikat erat pada reranting yang selama ini teguh memegang. Tinggalah ranting bercabang dengan jari-jemarinya keseorangan, sudah menjadi lumrah alam yang tua layu akan gugur kecundang dan yang muda akan muncul sepertimana kitaran alam. Itu semua sudah dirancang. Itu semua sudah ditentukan. Namun gugurnya dedaun tua bukan lah tanpa sebab dan tujuan. Gugurnya mereka ada hikmah nya.

Aku masih disini mencongak akan kehadiran hujan. Kilat mula gagah membelah langit, sabung-menyabung, alam menjadi cerah. Namun sinar yang dipancarkannya hanya seketika, cukup sekadar sedetik cuma. Selang seketika guruh pula datang membingitkan, mengejutkan sekalian alam, mengejutkan aku yang selama ini terlena panjang. Lena dalam mimpi yang tiada kesudahan. Tapi sayang masih ada yang tetap dibuai mimpi, diulit mainan tidur. Guruh yang berdentum sikit pun tidak dihiraukan. Masih ada yang tetap setia menarik selimut menutupi badan. Angin sejuk yang menghembus umpama satu kenikmatan, nikmat yang yang sama sekali tidak dijangkakan. Tidurlah, teruskanlah bermimpi, jangan menyesal jika ketinggalan kerana aku sudah nekad untuk meneruskan perjalanan. Biarlah aku basah berhujan, asalkan aku tidak jauh kebelakang.

Akhirnya, titis-titis mula kelihatan. Mula turun membasahkan bumi yang selama ini kontang dan gersang. Biarkanlah andainya aku basah, biarlah aku lenjun dibasahi hujan. Aku jadikan ini satu pengalaman, bagiku tiada ilmu dan pengajaran yang lebih baik daripada pengalaman. Ia mengajarku erti susah dan senang, ia mengajarku erti kehidupan, mengajarku erti kematangan. Semoga apa yang aku pelajari ini dapat menjadi bekal untuk aku tempuhi hari-hari mendatang. Aku tetap melangkah menempuhi jalan-jalan yang berlopak becak. Hujan tetap turun mecurah kan airnya. Alam mula dibersihkan kotorannya, dialirkan semuanya kesungai dan longkang. Membawa semua kekecewaan nya penyesalan yang selama ini ditinggalkan oleh penghuninya. Semoga air yang menimpaku ini bakal menyucikan aku dari segala dosa silam, dari semua kesilapan.

Melangkah dan terus melangkah, akhirnya hujan yang menimpa mula berkurangan. Guruh yang kencang berdentum mula tidak kedengaran, kilat petir juga mula tidak kelihatan. Awan-awan hitam juga mula beredar, sudah habis air yang dikandung ia mula hilang dari pandangan. Tersenyum aku melihat awan putih mula bertandang, terpandang aku jalur-jalur berwarna dikaki langit. Merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila, dan unggu. Cantik nya ciptaan Mu. Alangkah ruginya bagi sesiapa yang masih terlelap, terlepas dari menyaksikan indah cantiknya pelangi.
Sinar mula kelihatan malu-malu mengintai di celah awan, cahaya nya mula memenuhi alam. Tersenyum aku keseorangan, sinar yang ditunggu mula kelihatan, namun perjalananku masih panjang. Aku terus melangkah dan berjalan, ke satu destinasi yang masih jauh dihadapan. Menuju ke destinasi impian, ke puncak kejayaan, ke gunung harapan, ayuh kawan temani lah aku berjalan.

Monday, June 21, 2010

SELAMAT HARI BAPA.




Assalamulaikum semua, dan salam sejahtera juga. Agak malas rasanya diriku untuk mengupdate blog minggu ni. Almaklum jela tekak tengah perit, hidung duk meleleh, badan lak panas nih. Ape la nasib badan, time orang lain duk sibuk-sibuk demam World Cup aku pula demam panas. Dah la demam sorang-sorang, kalau demam berdua best la juga heheh...



Semalam duk buka je Facebuku ramai duk post wish Hepi Father Day. Harap jangan la duk post wish lam Mukabook jela eh.. aku rasa berapa kerat je yang ayah diorang ade facebook kan? Entah ade ke tidak. Tapi tak kesah la kan, janji korang dah wish. Aku ade ke post wish Selamat Hari Bapa kat bapak aku, tak de kot. Heheh... aku malas nak ambil port sangat hari-hari nih. Yang aku tau, hari yang wajib disambut, hari raya, hari puasa, hari jumaat, dan hari cuti-cuti umum.

Kali nih aku nak mengomel bezanya BAPAK aku dengan bapak korang. Bapak aku yang die tahu marah, marah, dan marah, dan marah lagi sekali, chaip!! Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu aku nih bengap banyak, masa darjah 1 dan 2 selalu sangat la menghuni tempat-tempat terakhir setiap kali ujian dan exam. Memang masa tu aku boleh tahan bengap juga la, jadi nya bapak aku buat la jadual tu aku study kat rumah. Kalau tak silap aku jadualnye macam nih,

01.20=balik sekolah
02.00=mengaji Quran
03.30-04.40=study
Lepas asar-06.30=main
Lepas magrib-insyak=rehat@makan
8.30-9.30=study
9.30=tidur la.

Bapak orang lain tak ada pun nak buat jadual untuk anak diorang. Adoii.. tapi tak kesah la yang penting sebabkan jadual study tu la mase darjah 3 aku boleh gak dapat nombor 5 masa exam. Bangga jugak la, balik je rumah aku bagitau kat mak aku die siap boleh tak percaya lagi tuh. Dan buat pengetahuan korang masa itulah pertama kalinya dan terakhirkalinya aku terima hadiah dari bapak aku. Sebuah basikal. Selain dari basikal tu dah tak ade lagi hadiah yang aku dapat dari bapak aku, sampai la sekarang. Sepak terajang banyak la.. hehe..

Bapak korang tau tak result SPM korang? Diorang tahu tak ape name tempat korang study korang? Bapak korang tau tak korang study nih duduk rumah sewa kat mane? Bapak korang tahu tak bila korang akan abis study? Bapak korang ade tak tanye pasal result korang? Bapak korang ade tak call korang tanye duit belanje cukup ke tidak? Bapak korang ade tak hantar mesej ucap selamat hari jadi kat korang? Aku yakin la mesti ada la. Kompem~ best kan korang. Bapak aku tak pernah tahu yang aku pernah kena gantung masa study kat mrsm dulu, bapak aku tak pernah tahu yang aku masa study kat matrik dulu, aku makan nasik lauk telur goreng tu pun bukan makan sorang, tapi makan berdua. Bapak aku tak pernah tahu pun masa duduk matrik dulu aku hampir-hampir nak kena angkut lam trak polis. Korang masa first day daftar matrik or kolej mesti bapak korang yang hantar kan? Tapi aku pergi daftar matrik chanlung dulu sorang-sorang je pun naik bas.

Hmm,, lagi 2 minggu aku nak mula SPM diorang berpisah, tak kesah la tu masalah diorang bukan masalah aku. Benda dah nak jadi kan, aku malas nak masuk campur. Letih jugak la study masa tu, mana nak study lagi, mana nak pikir pasal masalah org tue lagi. Tapi alhamdulillah aku still la boleh result yang bleh tahan gempak juga la.. hahahahahaha riak siket. Tapi sampai sekarang aku tak pernah terima pun ucapan tahniah dari bapak aku, dari bapak orang lain ada la. Macam-macam...

Mungkin ini first time aku share sal bende nih ke umum, sebelum-sebelum nih pun berapa kerat la sangat yang tahu pasal hidup aku nih. Aku mungkin nampak ceria tiada masalah, namun tiada seorang pun yang paham akan apa yang aku pendam didalam. Aku tak malu kalau ada mulut-mulut longkang yang mengejek aku kerna membuka pekung sendiri. Lantak la,
SELAMAT HARI BAPA.
.
.
.
.
.
.