Followers

Monday, June 7, 2010

bila tiba dipersimpangan


Bila tiba di persimpangan..
Seperti hidup, cinta juga adalah satu perjalanan yang panjang. Dan dalam setiap perjalan akan tiba satu ketika apabila cinta terhenti dipersimpangan,dan pada ketika ini lah pasangan yang bercinta itu harus mengambil keputusan yang benar-benar mencerminkan kesucian cinta mereka. Keputusan untuk mengorbankan cinta demi kesempunaan masa depan si pencinta itu sendiri. Samaada keputusan yang diambil itu bakal membawa mereka terbang tinggi ke puncak impian atau menghumban mereka jauh ke dalam jurang yang penuh kehinaan. Pilihan adalah ditangan sang pencinta itu sendiri. Ada yang berkata ikut kan hati mati, ikutkan rasa binasa, ikut kan nafsu bisu dan kelu. Adakah pandangan akal itu yang terbaik? Mungkin ikutkan akal itu betul dan baik. Namun ia bukan lah yang terbaik.

Dikala ini terlalu banyak si pencinta yang tenggelam kejurang beracun yang maha merbahaya. Ramai yang tersalah memilih haluan, menyangkakan simpang kekanan yang lurus tanpa halangan itu yang sebetulnya namun yang sebetulnya jalan itu membawa mereka terus ke kebinasaan. Namun ada juga yang merasakan simpang kekiri yang berliku dan penuh berduri serta rintangan itu bakal membawa mereka terjerumus ke kawasan hitam yang mungkin memusnahkan harapan dan impian si pencinta itu sendiri. Namun mereka sama sekali tersilap. Walhal mereka tidak mengetahui bahawa dihujung jalan yang berhalangnan itu ada cahaya. Cahaya yang selama ini dicari oleh mereka, cahaya yang seringkali diimpikan oleh mereka,
Si Pencinta.

Namun itulah kehidupan, yang lurus, cantik dan lengang itu bukanlah sentiasa betul. Begitulah juga keadaannya dengan jalan yang berliku, hodoh, dan rosak. Ia bukan lah sentiasa jalan yang salah dan membawa kita ke kehancuran. Realiti nya begini, tiada yang salah dalam membuat keputusan. Kerana kita sama sekali tidak mengetahui apakah kesan dan akibat bagi setiap tindakan dan keputusan yang bakal dipilih oleh kita. Tidak salah jika si pencinta itu mengambil jalan kekanan atau kekiri. Namun yang salah nya apabila si pencinta itu membuat satu keputusan dan di pertengahan perjalan mereka sudah sedar bahawa jalan yang di pilih itu bukan lah jalan yang betul, jalan yang sama sekali salah. Namun si pencinta itu terus meneruskan perjalan di jalan yang salah itu. Sifat seperti itu lah yang bakal memusnah kan impian diri mereka sendiri. Sesat di hujung jalan kembali ke pangkal jalan.

Kehidupan tidak akan menjadi seronok dan bermakna jika semua keputusan yang bakal diambil boleh dijangkakan kesan dan keputusannya. Namun sesuatu keputusan itu sudah boleh dijangkakan kesan dan akibatnya. Akan tetapi jangkaan itu tidak selalunya tepat. Mungkin apa yang bakal diperolehi itu samasekali berbeza dengan apa yang di impikan. Oleh itu teruskanlah berusaha untuk hidup. Kerana kita hidup bukan kerana apa yang kita dapat dan hadapi semalam, tetapi kita hidup kerana ingin mencapai sesuatu yang lebih elok dan bermakna dihari esok. Tiada gunanya menyesali dan meratapi akan kegagalan dan kekalahan hari semalam. Bukalah mata dan teruskanlah melangkah demi dari esok. Semoga hari esok lebih bermakna dari semalam.
Teruskan bercinta wahai si pencinta.......

4 comments:

  1. mat... T_T
    boleh eh aku terus bercinta ni? :D

    ReplyDelete
  2. Akhirnye dgn entry baru..lama akak tunggu...dah sampai depan simpang umah akak rupanye..Dik, kau sihat tak? dtg umah akak ye..

    ReplyDelete