Followers

Showing posts with label sengal. Show all posts
Showing posts with label sengal. Show all posts

Monday, June 21, 2010

SELAMAT HARI BAPA.




Assalamulaikum semua, dan salam sejahtera juga. Agak malas rasanya diriku untuk mengupdate blog minggu ni. Almaklum jela tekak tengah perit, hidung duk meleleh, badan lak panas nih. Ape la nasib badan, time orang lain duk sibuk-sibuk demam World Cup aku pula demam panas. Dah la demam sorang-sorang, kalau demam berdua best la juga heheh...



Semalam duk buka je Facebuku ramai duk post wish Hepi Father Day. Harap jangan la duk post wish lam Mukabook jela eh.. aku rasa berapa kerat je yang ayah diorang ade facebook kan? Entah ade ke tidak. Tapi tak kesah la kan, janji korang dah wish. Aku ade ke post wish Selamat Hari Bapa kat bapak aku, tak de kot. Heheh... aku malas nak ambil port sangat hari-hari nih. Yang aku tau, hari yang wajib disambut, hari raya, hari puasa, hari jumaat, dan hari cuti-cuti umum.

Kali nih aku nak mengomel bezanya BAPAK aku dengan bapak korang. Bapak aku yang die tahu marah, marah, dan marah, dan marah lagi sekali, chaip!! Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu aku nih bengap banyak, masa darjah 1 dan 2 selalu sangat la menghuni tempat-tempat terakhir setiap kali ujian dan exam. Memang masa tu aku boleh tahan bengap juga la, jadi nya bapak aku buat la jadual tu aku study kat rumah. Kalau tak silap aku jadualnye macam nih,

01.20=balik sekolah
02.00=mengaji Quran
03.30-04.40=study
Lepas asar-06.30=main
Lepas magrib-insyak=rehat@makan
8.30-9.30=study
9.30=tidur la.

Bapak orang lain tak ada pun nak buat jadual untuk anak diorang. Adoii.. tapi tak kesah la yang penting sebabkan jadual study tu la mase darjah 3 aku boleh gak dapat nombor 5 masa exam. Bangga jugak la, balik je rumah aku bagitau kat mak aku die siap boleh tak percaya lagi tuh. Dan buat pengetahuan korang masa itulah pertama kalinya dan terakhirkalinya aku terima hadiah dari bapak aku. Sebuah basikal. Selain dari basikal tu dah tak ade lagi hadiah yang aku dapat dari bapak aku, sampai la sekarang. Sepak terajang banyak la.. hehe..

Bapak korang tau tak result SPM korang? Diorang tahu tak ape name tempat korang study korang? Bapak korang tau tak korang study nih duduk rumah sewa kat mane? Bapak korang tahu tak bila korang akan abis study? Bapak korang ade tak tanye pasal result korang? Bapak korang ade tak call korang tanye duit belanje cukup ke tidak? Bapak korang ade tak hantar mesej ucap selamat hari jadi kat korang? Aku yakin la mesti ada la. Kompem~ best kan korang. Bapak aku tak pernah tahu yang aku pernah kena gantung masa study kat mrsm dulu, bapak aku tak pernah tahu yang aku masa study kat matrik dulu, aku makan nasik lauk telur goreng tu pun bukan makan sorang, tapi makan berdua. Bapak aku tak pernah tahu pun masa duduk matrik dulu aku hampir-hampir nak kena angkut lam trak polis. Korang masa first day daftar matrik or kolej mesti bapak korang yang hantar kan? Tapi aku pergi daftar matrik chanlung dulu sorang-sorang je pun naik bas.

Hmm,, lagi 2 minggu aku nak mula SPM diorang berpisah, tak kesah la tu masalah diorang bukan masalah aku. Benda dah nak jadi kan, aku malas nak masuk campur. Letih jugak la study masa tu, mana nak study lagi, mana nak pikir pasal masalah org tue lagi. Tapi alhamdulillah aku still la boleh result yang bleh tahan gempak juga la.. hahahahahaha riak siket. Tapi sampai sekarang aku tak pernah terima pun ucapan tahniah dari bapak aku, dari bapak orang lain ada la. Macam-macam...

Mungkin ini first time aku share sal bende nih ke umum, sebelum-sebelum nih pun berapa kerat la sangat yang tahu pasal hidup aku nih. Aku mungkin nampak ceria tiada masalah, namun tiada seorang pun yang paham akan apa yang aku pendam didalam. Aku tak malu kalau ada mulut-mulut longkang yang mengejek aku kerna membuka pekung sendiri. Lantak la,
SELAMAT HARI BAPA.
.
.
.
.
.
.

Wednesday, March 31, 2010

kenapa susah nya nak mengaji?

kenapa aku malas belajar??
ASSALAMULAIKUM dan SALAM SEJAHTERA macam biasala aku baru je balik dari Anjung Cafe nih. tadi pergi lepak dengan member-member tersayang. perkena kopi kaw tarik kurang manis dan nasi goreng kampung lauk telur dadar. yang menelan belanja ringgit malaysia 6.50. bagi aku harga yang dikenakan agak berpatutan la. walaupun hanya lagi 3.50 nak cukup kan sepuluh ringgit namun ia tetap satu kadar yang agak menyeksa jiwa dan batinku untuk aku mengeluarkan not kertas 10 ringgit untuk membayarnya. ahhh!! cukup lah bebelan pasal makan nih.

post aku kali nih berjudul kenapa susah nya nak mengaji. mengaji yang aku ingin tekankan sekarang bukanlah mengaji kalam suci Allah Al-Quran tapi mengaji yang aku ingin ketengahkan ialah belajar ataupun menuntut ilmu. pernahkah kita tanyakan diri kita? kenapa la aku nih susah sangat nak study? kenapa la aku ni malas sangat? kenapa? kenapa?
inilah contoh nota-nota yang bertampal
kalau aku memang aku terang-terang tanpa perlu disuluh oleh lampu kalimantang berkuasa 120watt memang aku ni malas nak study. aku rasa aku memang dilahirkan untuk malas kot. korang cuba bayangkan masa nak SPM dulu pon aku tak study. masa form 5 aku duduk hostel so boleh la tengok geng-geng aku ni pecah kepala berdarah lubang hidung duk menelaah buku tesk mahupun buku rujukan SASBADI disebabkan oleh SPM. nota-nota, peta minda penuh bertampal di dinding-dinding loker, tepi-tepi dinding juga semak dengan fakta-fakta dan juga rumus-rumus fizik, algebra, formula-formula kimia, masa tuh ada lagi sebulan nak SPM. gila ke? heehhe..
sape yang reka semua nih?

tapi lain pula bagi aku dan roomate ku yang tercinta POK LOH. nota itu mustahil. peta minda itu hanya menyemak. formula kimia hanya H2O je yang aku tahu. add math memang haram. pengamiran, perbezaan, persamaan serentak aduhh.. memenatkan otak je semua tuh. dikala orang lain khusyuk menghambakan diri kepada buku aku sibuk bermain game kat game boy atau pon maen sonic kat n-gage. istilah study hanya wujud dikala seminggu sebelum exam, masa tu la aku baru nak membelek buku menghafal sejarah Malaysia, baca pasal k-ekonomi, k-masyarakat. masa tu la aku baru belajar buat pesamaan kimia. masa tu memang betul-betul gila. tido tak tahu kemana. tapi makan tetap makan, tapi alhamdulillah aku tetap berjaya menghadapi exam tuh dengan berjaya nya. hehe..
dah memang malas study kan.

pointer 0.18... aku silap tulis ke ape nih. iye betul memang 0.18. lawa memang lawak. masa nih aku mengenjoykan diriku kat kat matrix chanlung kos fizik. o.18 bang, memang aku betul-betul malas study mase duk matrik. alasan aku satu je, matrix susah! abis cerita. dari dulu sampai sekarang aku stay malas. satu penyakit yang tiada ubat yang boleh mengubatinya.

okey aku rasa dah banyak aku kongsi pasal bertapa susahnya aku nak study. sekarang aku nak bagi siket nasihat untuk dijadikan peringatan untuk diri aku sendiri dan korang semua. sebenarnya nak mengaji ataupun study bukan la susah sangat asal kan kita rajin, bukan nya rajin banyak cukup la hanya sekadar rajin-rajin sedikit. bak kata orang
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
kalau usaha segantang, segantang la kita dapat,
kalau usaha secupak, secupak la kita dapat,
kita yang menentukan hidup kita bukan orang lain,
perahu sudah diair pendayung sudah ditangan,
bergantung pada kita hendak kayuh kehulu atau ke hilir,
sekian saja coretan hari aku untuk kali ini. mata pon dah ngantuk, ingat lepas nih nak tengok match Man U plak. apa-apa pun Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kita sendiri yang mengubahnya. sama-sama la kita memikirkan nya.
ASSALAMULAIKUM~ kata-kata akhir dari aku. SILA AMBIL IKHTIBAR, SILA RENUNGKAN DAN SILA KOMEN.

Sunday, March 28, 2010

salah ibu mengandung, salah ayah cucuk serong?

ASSALAMULAIKUM semua. dan salam sejahtera juga. mula-mula sekali aku aku nak berterima kasih banyak-banyak kat siapa-siapa yang dah komen post aku pasal hubungan sejenis dan kes gugur bayi. serius sebelum nih aku dah post 116 post. memang terharu la bila orang komen ape yang aku tulis. terharu maru aku, lepas nih sape yang komen paling banyak aku nak bagi hadiah la.. heheheh... tak lupa juga pada yang dah follow blog aku yang membosankan nih. dan tak ketinggalan juga pada yang duk menjerit kat shout mix aku tuh..
ni pencuri pukul nak?
okey hari nih aku nak mencarut pasal budak-budak yang panjang tangan nih. panjang tangan bermakna orang yang bodoh,bebal,sial, ngok, sengek, gila, haram, memang dari kecik sampai kebesar aku memang pantang dengan orang yang suka mencuri nih. nak je aku sula bontot korang nih. kepada yang belum tahu dan yang sedia maklum. aku sekarang nih sedang menuntut ilmu kat METC MAS Engineering Training Centre di Complex B Airport Subang. aku stay kat Ara Damansara. kitorang seramai +-200 orang menetap kat sini. dalam ramai-ramai nih ade la yang jenis panjang tangan dan bebal otak nih. jumlah barang-barang yang hilang memang tak terkira la banyak nya. beriban-riban la juga,
best nye kalau aku boleh pukul si pencuri nih

rumah aku saja dah kehilangan 4 bijik henset, 1 labtop. bodoh bangang la kamu wahai si bebal. aku tak tahu la korang jadi bongok sebab salah ibu mengandung atau salah ayah cocok serong. heheh... aku sebenarnya dah tahu ade sorang budak yang suka mencuri nih. nama nya sulaiman (bukan nama sebenar) nak je aku pukul. bukti memang dah ada, saksi pom ade tapi masalah nya aku dah lama bersara dalam bidang pukul memukul nih. aku pum kesian kat budak nih, kalau aku report kes nih kat admin aku takut budak nih kena buang pulak. sebab kat tempat aku nih kalau ada buat kes curi mencuri nih kompem kena buang nya. kalau dipukul dia report plak tak ke nanye aku. adoii~ so aku ambik pendekatan terbaik tuk biar jela budak tuh. biar jela tu urusan dia dengan tuhan n dengan tuan barang yang dia curi tuh.

aku serius cakap aku memang dari sekolah menengah lagi memang nakal,
(nakal bukan jahat) dah banyak kali aku kena gantung sekolah. kena masuk bilik disiplin memang biasa lah tu, dah kire bilik tuh kelas kedua aku. biasa kes aku buat pukul budak, kacau budak pempuan, ponteng, fly,rokok tu jela. tapi kalau bab-bab mencuri nih memang aku tak pernah,



PRINSIP AKU, AKU TAK KAN PERNAH DAN TAK KAN MENCURIK, MINUM ARAK, TEBUK ANAK DARA ORANG, DAN TAK KAN AMBIK DADAH. CUKUP LA DENGAN ROKOK JE.

aku takkan buat semua nih sebab bagi aku semua tuh ada berkait dengan orang lain, apa yang kita buat tuh bakal menyusahkan orang lain. susah kan diri sendiri lain cerita la. mencuri kompem la nyusahkan orang kan? tebuk anak orang lagi la. kalau tak kantoi tak ape, tapi buat nya terbunting anak orang tuh tak ke mamposss. lagi satu hal minum dan dadah, memang la kita buat semua tuh pakai duit sendiri samada duit mak bapak korang yang jerih membanting tulang empat kerat kat umah tuh. or duit pinjaman MARA atau PTPTN ke. time korang ada duit boleh la korang cakap ala aku ambik bende tu pom pakai duit aku sendiri tak ada pom mintak duit sape-sape. itu time ko ade duit. tapi bila dah kering? tangan dah ketar-ketar hingus dah meleleh? duit MARA pom dah abes? nak mintak dengan mak pom mak baru masukkan semalam? mana korang nak kedap duit tuh? ambik jalan mudah. M.E.N.C.U.R.I.... hahaha.... (lepak jap isap rokok)

adoi rokok pun tinggal sebatang je nih. lupa nak beli lepas tengok Chelsial bantai Aston villa 7-1 semalam. okeh balik pada kes mencurik nih, kepada sesiapa yang suka mencuri tuh aku sertakan dalil tentang hukuman mencuri nih.

”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(Surah Al- Maidah ayat 38)



aku rasa negara kita nih wajar la memperuntukkan hukum hudut nih. kasi potong tangan sesiapa yang suka mencuri nih. tapi masalah nya, negara kita nih cuma ada hukuman penjara dan denda je. biasala negaraku yang tercinta nih buat la salah macam mana pun kalau ada duit kompem boleh lepas nya. masalah nya ada pula yang keluar kan kenyataan kalau kita buat hukum hudut nih ramai la orang malaysia ni yang kudung tangan nya. adoiii~ akai tak da ke? ini hukum Allah mana boleh buat main-main. buat gurau-gurau. aku pon mengaku aku bukan la baik sangat pun kadang-kadang yang wajib pun aku tertinggal, tapi benda-benda agama nih aku tak buat bergurau la.

okey la aku pun dah penat menulis nih. aku harap kita semua boleh la ambil iktibar ape yang aku coretkan hari nih. kalau ada siapa-siapa yang tersinggung dengan penulisan aku hari nih aku mintak maaf bebanyak la. lagi satu hal kalau free sila la letak siket komen okeh? kalau nuffnang aku tu tak tido, sila klik ye. baru je letak semalam. hehehe...
selamat berweekend semua.. ASSALAMULAIKUM.

Wednesday, February 10, 2010

setan pon ade ic?

ic siapakah ini??


Tuesday, February 9, 2010

kisah seram BILIK AKHIR!

kisah ni btul2 trjadi.....takut seh....patut la penjara tu cm mnyeramkn.......huh!!!!!!!!!!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil 'Bilik Terakhir'. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan 'BILIK TERAKHIR ' adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan 'Bilik Terakhir' itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, 'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ' ' Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha Ha ' Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... ' hehehehehee........ ......... ..... time kaseh coz dengan kusyuknya korang baca........ p/s:- aku pun terkena...so apa salahnya aku foward kat korang... huah...huah... huah... huahhhhhhhhhhh.

Monday, February 8, 2010

manusia memang kejam

sape la yang kejam sangat nih. ape la
dosa kucing nih. memang teramat-amat
bodoh la sape yang buat kat kucing nih!!




agak-agak la kalau nak tidur pon cik abang ooioiii!!

ade ke patut mase bersanding pon tidur..
ni mesti mase kecik-kecik suka tidur
dalam kelas. mase keje suke tidur dalam
ofis. malam pertama jangan tidur la cik abang oii!
lain kali tidur la lagi k. tak pasal-pasal
masuk milopanas.blogspot.com!



Sunday, February 7, 2010

rambut atau topi?

pehh... yang ni hebat. ntah macam mane dibuat
aku pon tak tau. tapi memang stail la. heheh
rambut die trim jadi bentuk topi tu.


ini baru betul DRIFT!!

ini la baru betul-betul drift. initial D pon kalah kalu macam ni
tapi serius la klau betul la boleh buat macam ni memang aku salute
la diorang nih.. korang memang hebat la brooo!!




women = problems? (bukan aku cakap k)

betul ke ape yang diorang kira nih?
aku pon pelik kenapa la aku tak
pernah nak terpikir untuk buat
persamaan macam ni. tapi aku
rasa betul kot. hehehehe...
korang pulak macam mane?




budak MICHELIN!

adooii!!! entah ape la yang mak bapak
budak ni kasik kat budak nih.
teruk benor dah aku tengok budak
ni sorang. berlipat-lipat~~~




nama jalan yang macam hampeh!

-

-


-


-


-

  • JALAN PUKI MAK ULAH?

cantik. ukiran buah.

aku pon tak tau macam mane la diorang boleh ukir buah
ape ntah jadi bentuk ular macam nih. aku ingat bile time
aku kawin nanti aku nak buat yang macam ni jugak la..

mesti gempak kalau orang kampung tengok nih.
heheheh riak dan takhabur disitu!



akad nikah pon ade teks!

asdoiii!!! serius hari ni baru aku tau time akad nikah
rupe-rupenye ade teks kat bawah tu. lawak-lawak..
AKU TERIMA NIKAH NYA heheheeh,,,


ahli pasang gigi? pemasang gigi?

sape yang nak pasang gigi boleh la singgah
kat kedai nih. aku pon tak tau kat mane
korang cuba la cari okey.
kalau jumpe rojer aku okey.



terlampau sopan perangai kamu!

adoiii!!! macam dah tak ada gaya lain nak ambik gambar!
kan dah saje-saje masuk http://milopanas.blogspot.com/

mat rempit bila time banjir

aku memang respek la kat budak-budak rempit nih.korang tengok jela. time banjir pon steady je diorang weelie tu. memang aku respek la. majulah rempit untuk negara



Saturday, February 6, 2010

adusshhh~~~ kamulah yang paling "seksi"

sape nak??? pilih jangan tak pilih!!!



ADUSSHH!!! kamu memang "seksi"♥


cuba korang tengok betul-betul gambar nih! cuba tengok kat celah-celah. ape yang korang nampak? nampak tak???

Friday, January 1, 2010

superhero yang paling seksi.. hello kitty man!!

nampak nye superman dan spiderman akan ada pencabar yang baru. HELLO KITTY kot. pink lak tu. hahahah.. totally sengal~~