Followers

Showing posts with label mainan tradisional. Show all posts
Showing posts with label mainan tradisional. Show all posts

Monday, November 8, 2010

Kesiannya Orang Minyak.....

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan salam 1Dunia...

kali ni aku rasa nak post pasal orang minyak.. tapi sebelum tu. Torres score 2 bijik gol lawan Chelsea pagi tadi. 2-0. berbalik pada kisah orang minyak.

orang minyak yang aku maksudkan, bukanlah insan yang berkerja dengan syarikat cari gali minyak, juga bukan pak cik yang jual minyak urut untuk menguatkan tenaga batin di kaki-kaki lima. dan orang minyak yang aku maksudkan juga bukan mat-mat bangla yang berkerja di stesen-stesen minyak. ORANG MINYAK. pengamal ilmu hitam yang melumurkan badannya dengan minyak yang kebiasaaannya berwarna hitam legam. sehitam Drogba yang kalah semalam. hahaha.. biasanya orang minyak ni berjantinakan lelaki.
(ada ke perempuan jadi orang minyak??)

daripada cerita-cerita orang minyak yang banyak difilemkan atau pun cerita dari orang-orang tua. Antara syarat-syarat amalan ilmu hitam yang selalu dikaitkan dengan orang berminyak ini ialah merogol 40 orang anak dara ( yang tak dara tidak dikira) bagi membolehkan mereka menguasai amalan ilmu hitam yang dituntut oleh mereka. akan tetapi kisah orang minyak tidak lagi kedengaran sekarang. kemana hilangnya orang minyak yang selama ini heboh diseluruh malaya.

korang rasa sebab apa? hehehe....

ni pendapat aku, korang nak percaya pun boleh tak nak percaya pun aku tak kisah. pada hemat aku la, orang minyak pun dah malas nak amalkan ilmu hitam tu. iyela, zaman sekarang bukannya senang nak cari anak dara untuk dirogol. kalau sorang dua mungkin tak menjadi masalah sangat. tapi kalau nak rogol 40 orang anak dara, aku rasa pening jugak si "Drogba" tu nak mencari. iyela, zaman sekarang bukan macam zaman dulu-dulu. anak dara bersepah bukan macam sekarang. maaf la aku bukan nya nak kata yang zaman sekarang nih amat susah nak cari anak dara. tapi kita tengok sendiri la, bagaimana cara hidup kita sekarang. yang halal diharamkan yang nyata haram itu jadi ikutan. pelikkan.. tiap-tiap hari mesti ada saja kes-kes kena tangkap basah, lahir anak luar nikah, ini la produk kita sekarang. tengok sajala pergaulan anak muda sekarang(termasuk yang duk menaip ni) sudah tiada lagi batasan. tapi aku percaya dalam kekalutan hidup kita ni masih ramai lagi yang hidupnya tidak jauh hanyut mengikut barat. sedarkah kita, jika dulu kita beranggapan bahawa barat itu budaya nya teruk. tapi kini apa bezanya barat dan kita? kalau dulu rambut nya berbeza tapi kini melayu yang emaknya jawa bapak nya bungis (kompem anaknya melayu) tapi rambutnya ada perang, merah, hijau.. kalau barat bajunya hanya tali dan cebisan-cebisan kain. apa kurangnya kita sekarang? baju kurung hanya dipakai bila kesekolah. hal makan minum dan pergaulan malas aku nak huraikan. korang pikir la sendiri.

Apa-Apa pun aku bukan la baik sangat nak tegur budak timur yang berlagak America nih. cuma aku ingin sama-sama ingat-ingatkan, ingatkan diri korang dan diri aku sendiri juga.


RAKSAKSA LAWAN OTOMEN.. DAH BACA SILA KOMEN....

Wednesday, June 16, 2010

zaman kanak-kanak.

assalamulaikum malam ini aku nak bercerita akan permainan-permainan yang selalu dimainkan oleh aku pada zaman-zaman hingusan dulu. aku yakin apa yang aku coretkan disini bukanlah pengalaman aku seorang sahaja. ini ialah memori, pengalaman dan kenangan yang sama sekali tidak akan dapat dilupakan oleh kita semua. kehidupan dizaman 80an dan 90an bukan lah seberuntung zaman sekarang.Jika di zaman ini budak-budak tergilakan game komputer, PSP, play station dan medium-medium hiburan yang berteknologi dan agak mahal harganya. Ia sama sekali berbeza dengan kehidupanku dulu. Hiburanku adalah alam, permainanku tidak memerlukan modal yang besar. permainanku bukanlah tercegat di depan tv menekan punat-punat joystick PS2. alangkah seronoknya jika aku dapat kembali kezaman kanak-kanak. hehehe.... mari kita bermain.... mainnnnnnn!!!!!


MAIN BALING GULI

Mula-mula kena la maen lat talilat tali tamplong dulu. Ini adalah salah satu cara yang paling efisyen untuk memilih ahli-ahli kumpulan. Lepas tu sapa kalah kena la baling guli kat tanah. Sorang lagi akan ambik mood sebelum mentarget guli yang kat tanah sebelum dibaling menggunakan gulinya. Akan tetapi ia bukanlah satu tugasan yang mudah, kejituan, kepersisan dan ketenangan adalah amat penting dalam permainnan ini.


MAIN LEMPAR SELIPAR

Tiga selipar didirikan seperti bentuk peramid. Lepas tu sorang akan baling selipar tadi dengan selipar juga. Tapi ada jugak yang baling guna bola. Bila selipar kena sasaran, team bertahan akan menghalang team yang lagi satu dari menyusun semula selipar yang roboh tadi. Selipar akan dibaling, jika terkena badan pihak lawan mereka dikira mati. Jika mereka berjaya menyusun semula selipar-selipar itu. Maka mereka dikira menang.


MAIN NYOROK-NYOROK

Dalam bahasa orang putihnya hide and seek. Orang yang kena cari tu akan bilang sampai sepuluh kemudian yang lain akan bertempiaran menyorok. Lepas tu kena la cari orang yang menyorok tu tadi sampai dapat. Antara tempat-tempat strategik untuk menyorok ialah dalam-dalam semak, atas pokok dan tempat yang paling susah nak cari adalah nyorok kat rumah sendiri. Sampai malam la orang mencari tak kan jumpe. Hehehe..


MAIN ROUNDERS

Zaman-zaman dulu bolanya dibuat daripada gumpalan lelehan susu getah yang beku dan dililit supaya membentuk sebijik sfera yang dipanggil bola. Tapi kebiasaanya pada zaman 80 dan 90 an bola tennis atau bola plastik biasa digunakan. Kayu pemukulnya dibuat dari papan-papan atau batang-batang kayu sebesar lengan. Cara main ala-ala bola lisut tapi versi kampung. Asal dari kampung.


MAIN LASTIK BURUNG

Lastik dibuat dari kayu ranting pokok jambu batu atau batang pokok senduduk. Pastu kalau kreatif boleh la buat ukiran sendiri. Getahnya pula dari tiub tayar motor yang dah tak diguna, pelapik nya dari lidah kasut yang dah tak diguna lagi. Kebiasaannya program melastik bergiat dengan aktifnya bila tiba musim buah. Antara burung yang selalu menjadi mangsa lastik ialah burung merbuk, seridit dan kelicap.


MAIN KONDA KONDI

Konda-kondi ni permainan yang kena buat satu lubang kat tanah. Lepas tu cari dua batnag kayu yang panjang dan pendek. Kayu yang pendek diletakkan menyilang dilubang dan kayu panjang digunakan untuk menguis dan mengetuknya. Akan ada satu team yang lain yang akan menagkap kayu pendek itu.


MAIN KAWIN-KAWIN

Hehehe.. dalam banyak permainan zaman kecik-kecik dulu main kawin-kawin la yang paling seronok. Main kawin-kawin nih mainan budak perempuan tapi lelaki pun ada jugak yang join, iya la kalau tak ada lelaki sape pula yang nak jadi pengatin lelaki nya. permainannya macam oranh kawin la. Bagi tetamu makan, pengantin dihias dan di rai. Pengantinnya selalu orang yang tengah hangat bercinta monyet. Yang biasanya selalu digosipkan time kat sekolah.


MAIN GALAH PANJANG.

Pemainan ini dimainkan di kawasan lapang yang dilukiskan garisan-garisan berbentuk segi empat. Lebih kurang macam gelanggang badminton la tapi ada tiga atau empat segi empat semuanya. Di atas setiap garisan akan ada seorang pemain yang akan menghalang pasukan lawan dari masuk ke kawasan yang dijaga mereka.


MAIN POLIS SENTRI.

"polis sentri one two jaga, polis mati pencuri jaga..." sambil pointing jarinyer ke setiap tangan pemain secara berulang. Beginilah caranya untuk menentukan siapa polis dan siapa pencuri. Sama juga dengan dunia realiti pasukan polis akan menangkap pasukan pencuri sehingga dapat. Pasukan polis dikira menag jika semua pencuri sudah ditangkap.

semua artikel yang dipaparkan adalah hasil tulisan MiloPanas bukan copy paste okay.
sebarang penyiaran semula artikel sila la letak link blog milo k..