Followers

Wednesday, June 9, 2010

Jika itu yang kau cari..

Jika itu yang kau cari..
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat semua insan yang sudi meluangkan masa menjenguk ke blog milo yang tak seberapa ini. Kalau entri sebelum nih aku ada merepek-repek pasal pesanan buat sang pencinta. Buat pengetahuan semua entri itu dibuat selepas aku tengok cerita Semerah Cinta Stilletto. Kalau ada yang perasan bait-bait ayat yang pertama tu aku ambik dari cerita tu la. Oleh kerana banyak respon yang aku dapat untuk entri jiwang tu. Jadi kalu ini terimalah entri jiwang yang kedua, masih panas dari MiloPanas.
JIKA ITU YANG KAU CARI.....

Memang sudah menjadi lumrah kehidupan setiap apa yang di cipta sememangnya berpasangan. Siang pasanganya malam, haiwan pula ada jantan dan betina nya, demikianlah juga dengan manusia. Memang setiap insan yang pernah wujud, masih wujud mahupun yang bakal wujud sudah ditetapkan akan siapa pasangan nya. Namun begitu, bukan mudah untuk mendapatkan pasangan itu. Kita perlu mencari dan memilih dengan sewajarnya akan pasangan diidamakan. Pasangan perlu dicari, ia sama sekali tidak akan datang bergolek. Samaada pasangan yang dicari itu berspesis gila, atau waras, pilihannya ditangan anda. Anda mampu mengubahnya..
Ada yang mencari pasangan untuk bersuka-suka, pasangan yang boleh dipeluk diraba. Tidak pelik kalau aku ingin katakan kalau ada manusia yang gemar mencari pasangan yang GELAP. Gelap bukan lah beerti yang mempunyai kulit yang tertinted hitam tetapi gelap yang dimaksudkan ialah yang sukakan tempat-tempat yang gelap, di panggung-panggung supaya boleh meraba-raba pu*&&^%g, di semak-semak agar boleh main selak-selak, di rumah-rumah tumpangan untuk main tunggang-tunggang, di kawasan-kawasan air terjun biar boleh main selam-selam. Pasangan-pasangan gelap inilah yang menjadi kilang-kilang membuat bayi secara haram. Apabila pengeluaran melebihi permintaan mulalah prodak-prodak ini dibuang terbiar di sungai, surau, hatta di tong-tong sampah. Inilah bukti kasih sayang dan cinta yang selama ini diusahakan oleh tauke-tauke GELAP. Itulah hasilnya jika itu yang kau pilih. Tahniah.


Akan tetapi ada juga yang bijak memilih, jenis yang tahu bagaimana cara untuk menggunakan akal anugerah tuhan dengan seelok-eloknya. Mencari pasangan bukan sekadar untuk melempiaskan nafsu semata-mata akan tetapi sebagai satu cara untuk mengelakkan maksiat. Tempat-tempat untuk berjumpa bukan lah di celah-celah batu Air Terjun Gabai, juga bukan di hotel-hotel murah dengan bertemankan tilam bujang. Aktiviti yang dilakukan bukan lah tunggang-menunggang dan selam-menyelam. yang di hasilkan pula bukan lah anak-anak yang tak berbapa. Bukan anak-anak yang tidak diperdengarkan azan ataupun iqamat di telinganya. Bukan penyesalan yang terbuku dihati apabila seorang insan keluar dari rahim insan yang dicintai akan tetapi linangan air mata kegembiraan yang mengalir yang menyambut kelahirannya. Inilah yang kita dapat jika ini yang kita pilih. Tahniah.

sekian saja buat kali ni. Berfikirlah sebaiknya sebelum membuat pilihan. Pilihan ditangan anda, bukan ditangan aku, bukan ditangan sesiapa. Yang baik sila la ambil dan yang buruk boleh la tiggalkan. Rajin-rajin la letakkan komen mahupun kritikan.


Lagi satu hal kalau nak copy entri nih sila la tiada siapa nak menghalang. Tapi sila la letakkan link blog ni k. Assalamulaikum....

4 comments:

  1. milo2..anda di tag. :DD
    sila layari www.jaanews.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. heeee...aku dah baca pesanan kpd sang pencinta ko tu.heheee..mat!aku dah tukar nama,blog aku pondok cinta..jiwang lebih sikit~hee

    My latest post:Bahaya suara keldai

    ReplyDelete
  3. makin takut dengan keadaan yang menjadi2 ini..

    ReplyDelete