Followers

Showing posts with label haram. Show all posts
Showing posts with label haram. Show all posts

Sunday, March 28, 2010

salah ibu mengandung, salah ayah cucuk serong?

ASSALAMULAIKUM semua. dan salam sejahtera juga. mula-mula sekali aku aku nak berterima kasih banyak-banyak kat siapa-siapa yang dah komen post aku pasal hubungan sejenis dan kes gugur bayi. serius sebelum nih aku dah post 116 post. memang terharu la bila orang komen ape yang aku tulis. terharu maru aku, lepas nih sape yang komen paling banyak aku nak bagi hadiah la.. heheheh... tak lupa juga pada yang dah follow blog aku yang membosankan nih. dan tak ketinggalan juga pada yang duk menjerit kat shout mix aku tuh..
ni pencuri pukul nak?
okey hari nih aku nak mencarut pasal budak-budak yang panjang tangan nih. panjang tangan bermakna orang yang bodoh,bebal,sial, ngok, sengek, gila, haram, memang dari kecik sampai kebesar aku memang pantang dengan orang yang suka mencuri nih. nak je aku sula bontot korang nih. kepada yang belum tahu dan yang sedia maklum. aku sekarang nih sedang menuntut ilmu kat METC MAS Engineering Training Centre di Complex B Airport Subang. aku stay kat Ara Damansara. kitorang seramai +-200 orang menetap kat sini. dalam ramai-ramai nih ade la yang jenis panjang tangan dan bebal otak nih. jumlah barang-barang yang hilang memang tak terkira la banyak nya. beriban-riban la juga,
best nye kalau aku boleh pukul si pencuri nih

rumah aku saja dah kehilangan 4 bijik henset, 1 labtop. bodoh bangang la kamu wahai si bebal. aku tak tahu la korang jadi bongok sebab salah ibu mengandung atau salah ayah cocok serong. heheh... aku sebenarnya dah tahu ade sorang budak yang suka mencuri nih. nama nya sulaiman (bukan nama sebenar) nak je aku pukul. bukti memang dah ada, saksi pom ade tapi masalah nya aku dah lama bersara dalam bidang pukul memukul nih. aku pum kesian kat budak nih, kalau aku report kes nih kat admin aku takut budak nih kena buang pulak. sebab kat tempat aku nih kalau ada buat kes curi mencuri nih kompem kena buang nya. kalau dipukul dia report plak tak ke nanye aku. adoii~ so aku ambik pendekatan terbaik tuk biar jela budak tuh. biar jela tu urusan dia dengan tuhan n dengan tuan barang yang dia curi tuh.

aku serius cakap aku memang dari sekolah menengah lagi memang nakal,
(nakal bukan jahat) dah banyak kali aku kena gantung sekolah. kena masuk bilik disiplin memang biasa lah tu, dah kire bilik tuh kelas kedua aku. biasa kes aku buat pukul budak, kacau budak pempuan, ponteng, fly,rokok tu jela. tapi kalau bab-bab mencuri nih memang aku tak pernah,



PRINSIP AKU, AKU TAK KAN PERNAH DAN TAK KAN MENCURIK, MINUM ARAK, TEBUK ANAK DARA ORANG, DAN TAK KAN AMBIK DADAH. CUKUP LA DENGAN ROKOK JE.

aku takkan buat semua nih sebab bagi aku semua tuh ada berkait dengan orang lain, apa yang kita buat tuh bakal menyusahkan orang lain. susah kan diri sendiri lain cerita la. mencuri kompem la nyusahkan orang kan? tebuk anak orang lagi la. kalau tak kantoi tak ape, tapi buat nya terbunting anak orang tuh tak ke mamposss. lagi satu hal minum dan dadah, memang la kita buat semua tuh pakai duit sendiri samada duit mak bapak korang yang jerih membanting tulang empat kerat kat umah tuh. or duit pinjaman MARA atau PTPTN ke. time korang ada duit boleh la korang cakap ala aku ambik bende tu pom pakai duit aku sendiri tak ada pom mintak duit sape-sape. itu time ko ade duit. tapi bila dah kering? tangan dah ketar-ketar hingus dah meleleh? duit MARA pom dah abes? nak mintak dengan mak pom mak baru masukkan semalam? mana korang nak kedap duit tuh? ambik jalan mudah. M.E.N.C.U.R.I.... hahaha.... (lepak jap isap rokok)

adoi rokok pun tinggal sebatang je nih. lupa nak beli lepas tengok Chelsial bantai Aston villa 7-1 semalam. okeh balik pada kes mencurik nih, kepada sesiapa yang suka mencuri tuh aku sertakan dalil tentang hukuman mencuri nih.

”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(Surah Al- Maidah ayat 38)



aku rasa negara kita nih wajar la memperuntukkan hukum hudut nih. kasi potong tangan sesiapa yang suka mencuri nih. tapi masalah nya, negara kita nih cuma ada hukuman penjara dan denda je. biasala negaraku yang tercinta nih buat la salah macam mana pun kalau ada duit kompem boleh lepas nya. masalah nya ada pula yang keluar kan kenyataan kalau kita buat hukum hudut nih ramai la orang malaysia ni yang kudung tangan nya. adoiii~ akai tak da ke? ini hukum Allah mana boleh buat main-main. buat gurau-gurau. aku pon mengaku aku bukan la baik sangat pun kadang-kadang yang wajib pun aku tertinggal, tapi benda-benda agama nih aku tak buat bergurau la.

okey la aku pun dah penat menulis nih. aku harap kita semua boleh la ambil iktibar ape yang aku coretkan hari nih. kalau ada siapa-siapa yang tersinggung dengan penulisan aku hari nih aku mintak maaf bebanyak la. lagi satu hal kalau free sila la letak siket komen okeh? kalau nuffnang aku tu tak tido, sila klik ye. baru je letak semalam. hehehe...
selamat berweekend semua.. ASSALAMULAIKUM.

Monday, February 8, 2010

agak-agak la kalau nak tidur pon cik abang ooioiii!!

ade ke patut mase bersanding pon tidur..
ni mesti mase kecik-kecik suka tidur
dalam kelas. mase keje suke tidur dalam
ofis. malam pertama jangan tidur la cik abang oii!
lain kali tidur la lagi k. tak pasal-pasal
masuk milopanas.blogspot.com!



Power Ranger biru!

kesiann~~~ kat abang Power Ranger ni.
mesti letih sampai tertido dalam tren.
mesti baru lepas lawan raksaksa ni!


Sunday, February 7, 2010

kecik-kecik ponc dah pandai!!

aduss!! budak-budak zaman sekarang.. kalaulah aku yang _ _ _ _ _ ?









terlampau sopan perangai kamu!

adoiii!!! macam dah tak ada gaya lain nak ambik gambar!
kan dah saje-saje masuk http://milopanas.blogspot.com/

seksi ke? (kes penderaan oleh isteri)

  • oh adusss~~ kamulah yang paling seksi! hahahahaah





dua dunia berbeza!

  • dua kedai yang berbeza. dua dunia yang berbeza!



ultraman pon naik basikal

  • kau ni dah buat tebiat ke ape cik ultraman weh?

kedai gunting rambut Arsengal opsss!!!

kepada semua penyokong setia The Guanner
(3-1 kalah ngan Man U)
kalau korang nak potong rambut.
aku rasa ini lah tempat yang
amat sesuai untuk korang. mane la tau
kot-kot boleh terserempak
dengan cik fabregas!

kreativiti budak-budak hostel!!

aku rasa sebilangan besar pengunjung blog aku ni penah tinggal kat hostel kan? tak kire la mase sekolah rendah ke, sekolah menengah atau time
kat kolej atau universiti.
bayangkan bile malam-malam perut buat
hal berbunyi-bunyi mintak diisi. maka ketika ini lah keativiti seseorang itu akan terserlah. tanpa disedari terciptalah satu alat memasak yang sama-sekali melangkaui batas-batas pemikiran manusia. hahahahahahaah



Saturday, February 6, 2010

Geng Bas Sekolah

Truly Malaysia... budak-budak sekolah berhimpit kat dalam bas. harap-harap la pihak berkuasa boleh mementau bas-bas sekolah yang beroperasi tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan... kesian kot tengok budak-budak perempuan ni berhimpit kat bonet van nih.. adooiii!!!


adusshhh~~~ kamulah yang paling "seksi"

sape nak??? pilih jangan tak pilih!!!



cari jodoh!!♥


hari ini zaman dan cara telah berubah. Golongan muda kini lebih selesa mencari pasangan sendiri. Hakikatnya, usaha mencari jodoh masih diteruskan.

Ada yang lebih selesa mencari pasangan di pejabat, di dewan kuliah ketika masih belajar atau sebagainya. Terdapat juga segelintir individu menggunakan medium agensi mencari jodoh.

Kewujudan agensi mencari jodoh di negara ini merupakan satu usaha untuk membantu individu yang sukar dan masih tercari-cari pasangan yang sesuai.
ini pulak ape cerita?????

badly injured!

ape-ape pon yang korang kerjakan atau buat. pastikan safety always first..


-



-



-



-



-



-


-


-


-
-


-


-


-


-
-


-


-


-


-
-



-



-



-



-
-


-


-


-

ADUSSHH!!! kamu memang "seksi"♥


cuba korang tengok betul-betul gambar nih! cuba tengok kat celah-celah. ape yang korang nampak? nampak tak???

Friday, January 1, 2010

new year celebration at Kuala Lumpur!

sambutan tahun baru disambut meriah di ibu negara Malysia(negara Islam) kuala lumpur!! masa untuk membuat bayi luar nikah! bayi tahun baru!























Sunday, December 13, 2009

sandal babi (babi bukan baby)


1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini ;

3 bintik kulit babi


2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.