Followers

Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Wednesday, June 9, 2010

Jika itu yang kau cari..

Jika itu yang kau cari..
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat semua insan yang sudi meluangkan masa menjenguk ke blog milo yang tak seberapa ini. Kalau entri sebelum nih aku ada merepek-repek pasal pesanan buat sang pencinta. Buat pengetahuan semua entri itu dibuat selepas aku tengok cerita Semerah Cinta Stilletto. Kalau ada yang perasan bait-bait ayat yang pertama tu aku ambik dari cerita tu la. Oleh kerana banyak respon yang aku dapat untuk entri jiwang tu. Jadi kalu ini terimalah entri jiwang yang kedua, masih panas dari MiloPanas.
JIKA ITU YANG KAU CARI.....

Memang sudah menjadi lumrah kehidupan setiap apa yang di cipta sememangnya berpasangan. Siang pasanganya malam, haiwan pula ada jantan dan betina nya, demikianlah juga dengan manusia. Memang setiap insan yang pernah wujud, masih wujud mahupun yang bakal wujud sudah ditetapkan akan siapa pasangan nya. Namun begitu, bukan mudah untuk mendapatkan pasangan itu. Kita perlu mencari dan memilih dengan sewajarnya akan pasangan diidamakan. Pasangan perlu dicari, ia sama sekali tidak akan datang bergolek. Samaada pasangan yang dicari itu berspesis gila, atau waras, pilihannya ditangan anda. Anda mampu mengubahnya..
Ada yang mencari pasangan untuk bersuka-suka, pasangan yang boleh dipeluk diraba. Tidak pelik kalau aku ingin katakan kalau ada manusia yang gemar mencari pasangan yang GELAP. Gelap bukan lah beerti yang mempunyai kulit yang tertinted hitam tetapi gelap yang dimaksudkan ialah yang sukakan tempat-tempat yang gelap, di panggung-panggung supaya boleh meraba-raba pu*&&^%g, di semak-semak agar boleh main selak-selak, di rumah-rumah tumpangan untuk main tunggang-tunggang, di kawasan-kawasan air terjun biar boleh main selam-selam. Pasangan-pasangan gelap inilah yang menjadi kilang-kilang membuat bayi secara haram. Apabila pengeluaran melebihi permintaan mulalah prodak-prodak ini dibuang terbiar di sungai, surau, hatta di tong-tong sampah. Inilah bukti kasih sayang dan cinta yang selama ini diusahakan oleh tauke-tauke GELAP. Itulah hasilnya jika itu yang kau pilih. Tahniah.


Akan tetapi ada juga yang bijak memilih, jenis yang tahu bagaimana cara untuk menggunakan akal anugerah tuhan dengan seelok-eloknya. Mencari pasangan bukan sekadar untuk melempiaskan nafsu semata-mata akan tetapi sebagai satu cara untuk mengelakkan maksiat. Tempat-tempat untuk berjumpa bukan lah di celah-celah batu Air Terjun Gabai, juga bukan di hotel-hotel murah dengan bertemankan tilam bujang. Aktiviti yang dilakukan bukan lah tunggang-menunggang dan selam-menyelam. yang di hasilkan pula bukan lah anak-anak yang tak berbapa. Bukan anak-anak yang tidak diperdengarkan azan ataupun iqamat di telinganya. Bukan penyesalan yang terbuku dihati apabila seorang insan keluar dari rahim insan yang dicintai akan tetapi linangan air mata kegembiraan yang mengalir yang menyambut kelahirannya. Inilah yang kita dapat jika ini yang kita pilih. Tahniah.

sekian saja buat kali ni. Berfikirlah sebaiknya sebelum membuat pilihan. Pilihan ditangan anda, bukan ditangan aku, bukan ditangan sesiapa. Yang baik sila la ambil dan yang buruk boleh la tiggalkan. Rajin-rajin la letakkan komen mahupun kritikan.


Lagi satu hal kalau nak copy entri nih sila la tiada siapa nak menghalang. Tapi sila la letakkan link blog ni k. Assalamulaikum....

Tuesday, April 20, 2010

kisah manusia zaman sekarang

kemanakah hilangnya keagungan zaman tamadun Islam yang kita selalu banggakan sekarang? adakah ia hanya akan hilang,luput,berkabut ditelan zaman? atau ia akan sama-sekali dilupakan? aku hanya menyuarakan pendapat ku sahaja. aku juga tidak sempurna, namun tidak salah untuk aku lontarkan pandangan ku. terpulang kepada kamu semua untuk menerimanya atau menolaknya.. lagi sekali aku ingin nyatakan bahawa
aku tidak sempurna aku hanyalah insan hina
MANUSIA SEMAKIN KEJAM
semakin lama manusia menjadi lebih bijak. tapi sedihnya,
segelintir manusia ni bukan makin lama makin bijak tapi
makin suka memijak. manusia sudah semakin berperilakuan
kejam. dah tak peduli undang-undang hanya sebab nak tunjuk
handal. tapi itu bukan handal, tu BAGHAL namanya..

MANUSIA SEKARANG.
buang anak merata-rata macam buang sampah sarap. dalam
sungai, salam tong sampah, tepi masjid, dalam tandas pun
senang-senang kita boleh jumpa bayi. kat manalah diorang
simpan otak diorang agaknya.

MANUSIA SEKARANG.
pantang nampak perempuan cun, terus meleleh air liur.
waima perempuan tu pakai purdah sekalipun, dia sanggup
culik dan rogol. siap angkut kawan sama-sama tumpang
rogol. lepas tu rakam dan edarkan merata-rata.

MANUSIA SEKARANG.
sanggup tengdang mak kandung sendiri, sanggup cincang
bapak kandung sendiri, sanggup tikam darah daging sendiri
bila rasa tak puas hati. lepas tu buat-buat gila depan
polis sebab tak nak ke tali gantung. otak banyak sangat
KELADAK!

MANUSIA SEKARANG.
pakat-pakat culik bayi baru lahir untuk dijual kepada
orang lain semata-mata sebab nak kejar duit. merana
mak-mak yang melahirkan bayi tu dibuatnya. patutnya
dibedah je perut-perut si penculik takyah pakai bius.
baru dia rasa..

MANUSIA SEKARANG.
dulu kalau nak membantah buat petisyen bantahan je.
tapi sekarang ni terus berkumpul ramai-ramai dan buat
rusuhan. takat baling-baling batu tu dah biasa sangat.
sekarang ni baling molotov cocktail lagi nampak takut.
tak kemana takutnya kalau perangai macam BISKUT!

lontarkanla sedikit pendapat korang pasal post nih.!

Sunday, April 18, 2010

semoga kau aman disana adik Syafia Humaira Sahari

semoga kau aman disana adik Syafia Humaira Sahari~
Alfatihah...
assalamulaikum, entah kenapa tiba-tiba aku bercerita pasal kes
adik Syafia
kali nih.walaupun kes nih sudah hampir 2 bulan
berlalu namun aku berasaterpanggil untukberkongsi apa yang
sedang di rasai oleh aku sekarang. tiada apa yang aku boleh
buat selain melahirkan rasa simpati atas apa yang sudah
ditkhdirkan untuk berlaku ini.


pada 25 februari yang lalu kita sekali lagi digemparkan
dengan kematian adik syafiya humaira, allahyarham telah
meninggal ekoran di dera, disepak terajang oleh teman lelaki
ibunya. mangsa meninggal dunia ekoran kecederaan serius
berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah bahgian abdomen.

"syaitan telah menguasai mereka dan menjadikan
mereka melupakan peringatan Allah, mereka itu
golongan syaitan,merekalah orang-orang yang rugi.."


tragedi penganiayaan kanak-kanak yang berlaku di negara
kita baru-baru ini begitu menyentuh perasaan ramai pihak.
ramai yang marah dan sedih. ada yang mengutuk dan menghina
latar belakang keluarganya sehingga mengeluarkan kata-kata
aib. adakah itu yang sepatutnya kita lakukan?

jiwa kecil yang tidak berdaya ini memang tidak mampu untuk
mempertahankan diri dari ditampar, disepak atau terajang
daripada manusia zalim yang menganianya. tapi kematiannya
telah menyedarkan kita tentang sesuatu yang amat besar.
masalah yang sudah sekian lama menjadi penyakit dalam
masyarakat kita.

#ada golongan yang hanya gemar melihat dan bersimpati
tapi sebenarnya tidak ambik peduli.
"kesian, ah lantaklah."


#ada golongan yang mampu membantu tapi memilih untuk
menjadi BATU,
"saya nampak!! dia tendang, sepak budak tu"


ada golongan yang cuma tahu hina, caci dan maki..
tanpa usaha untuk memahami.
"%^&**!! bapak masuk penjara, mak ngan jantan lain."


kadang-kadang kita cuma tahu menghina dan mengeji tanpa
cuba untuk memahami walaupun sekelumit. kita tahu syaitan
ada dimana-mana tapi kadang-kadang kita tak nampak setan
yang bijak bersembunyi. kadang-kadang telinga kita tak
mampu mendengar jeritan jiwa kecil dari hati. dan ketika
itulah terbitnya ruang setan merasuk akal dan sanubari.


surah al an'aam: ayat 122;
"DAN APAKAH ORANG YANG SUDAH MATI
KEMUDIAN KAMI
HIDUPKAN DAN KAMI
BERIKANNYA CAHAYA YANG TERANG,

YANG DENGAN CAHAYA ITU DIA DAPAT
BERJALAN
DI TENGAH-TENGAH MASYARAKAT
MANUSIA YANG KEADAANNYA
BERADA DIDALAM
GELAP GELITA DAN TIDAK DAPAT
KELUAR
DARIPADANYA."
al-fatihah buat arwah adik syafia humaira.

ada sebab kenapa aku berasa amat tersentuh dengan kisah
ini, aku juga ada adik dan sepupu yang sebaya dengan
mangsa. sepanjang aku bersama dengan mereka, terselit
juga sedikit sebanyak kesilapan.. sebenarnya bukan mudah.
kalau mereka nakal cukuplah sekadar menjentik untuk
mendidik bukan untuk menghukum..

anak kecil ibarat kain
yang putih, jika kita
siram mereka dengan
pelbagai warna, dunia
akan menjadi lebih indah..
WALLAHUALAM~

kita mudah lupa. kita selaku manusia



KORANG MUNGKIN BIASA DENGAR
"MELAYU MUDAH LUPA" KAN?
BUKAN MELAYU AJE, SEMUA
MANUSIALAH SENANG CERITA,
LUPA APA, MELABUR TAK LUPA..
DAH TU APA YANG KITA LUPA PUN
KITA TAK BERAPA NAK INGAT.
INGAT-INGAT LA BALIK!

LUPA PADA ALLAH.

ni paling common kot orang puteh nye, paling koman kot melayu.
Nak ingat cemana, tak nampak. Tak nampak walau seluruh alam ini
Dia yang cipta, Dia yang beri kita mata untuk melihat alam ini
tapi tetep tak nampak. Tak perasan, tak terpikir, tak pedulik,
dan secara otomatiknya takde la nak ingat kat Dia. Bila solat
kita kita buat-buat ingat walau hati alpa, orang ajak pergi
"rumah" Dia kite ngelak.LUPANYA KITA!

LUPA ASAL-USUL



Siapa Tanggang? siapa Kacang? siapa? kita-kita la belaka tu.
Yang anak tak ingat kat mak bapak, macam kcang lupakan kulit.
Kena pula mak babak dah tak ade lagi la tak ingat. Nenek moyang
apatah lagi. Lupakah kita Tok Adam tu moyang kita semua? diulangi
SEMUA... Siapa yang nak ikut mazhab Darwin tu lantak la, dia
ngaku keturunan beruk, korang tak tahu la. Habis tu kenapa nak
taksub dengan bangsa, keturunan atau pun warna kulit?
Korang tak ingat ke yang korang semua asal dari tanah dan nanti
dibaham tanah juga akhirnya. ni gaduh apahal? LUPANYA KITA!

LUPA ARAH TUJU



Yang kita ingat nak kenyang, nak senang, nak buat bangang..
ada kita ingat tujuan kita dujadikan? Apa tugas umat Islam?
takkan sekadar jadi isi alam? kemana kita nak pergi tiap hari?
pergi keje je ke? pergi joli? pergi mampos? Sori, bukan nak berkasar
tapi itu la sebaik-baiknya.. ingat kita semua akan pergi jua
akhirnya.jadi sebelum pergi tak ke nak kena ready?
ke korang memang eveready? Dah pejam mata baru nak meraung nak
celik balik? nak insaflah, nak beramallah, nak jadi insan kamil.
lupakanlah... LUPANYA KITA!

LUPA DIRI


Malas nak komen, empunya diri pun saban hari lupa diri.
Lupa yang diri ini hamba yang hina.. harapkan belas rahamt dariNya
setiap masa. Bila lupa mulalah ingat diri ini yang berdiri sendiri,
diri ini yang cari rezeki, diri ini yang menentukan nasib diri
sendiri. Bila dah lupa diri mulalah ingat nafas ini kita punya,
nyawa ini kita punya, dunia ini kita punya. Sudahlah jelas
diri yang jadi Tuhan, tu yan perangai seseko macam firaun!
Pasal tu lah Allah suruh berzikir, zikir itu maknanya ingat,
ingat sapa? Korang pikir la sendiri! KITA SAMA-SAMA PIKIR!
LUPANYA KITA!

Wednesday, March 31, 2010

kenapa susah nya nak mengaji?

kenapa aku malas belajar??
ASSALAMULAIKUM dan SALAM SEJAHTERA macam biasala aku baru je balik dari Anjung Cafe nih. tadi pergi lepak dengan member-member tersayang. perkena kopi kaw tarik kurang manis dan nasi goreng kampung lauk telur dadar. yang menelan belanja ringgit malaysia 6.50. bagi aku harga yang dikenakan agak berpatutan la. walaupun hanya lagi 3.50 nak cukup kan sepuluh ringgit namun ia tetap satu kadar yang agak menyeksa jiwa dan batinku untuk aku mengeluarkan not kertas 10 ringgit untuk membayarnya. ahhh!! cukup lah bebelan pasal makan nih.

post aku kali nih berjudul kenapa susah nya nak mengaji. mengaji yang aku ingin tekankan sekarang bukanlah mengaji kalam suci Allah Al-Quran tapi mengaji yang aku ingin ketengahkan ialah belajar ataupun menuntut ilmu. pernahkah kita tanyakan diri kita? kenapa la aku nih susah sangat nak study? kenapa la aku ni malas sangat? kenapa? kenapa?
inilah contoh nota-nota yang bertampal
kalau aku memang aku terang-terang tanpa perlu disuluh oleh lampu kalimantang berkuasa 120watt memang aku ni malas nak study. aku rasa aku memang dilahirkan untuk malas kot. korang cuba bayangkan masa nak SPM dulu pon aku tak study. masa form 5 aku duduk hostel so boleh la tengok geng-geng aku ni pecah kepala berdarah lubang hidung duk menelaah buku tesk mahupun buku rujukan SASBADI disebabkan oleh SPM. nota-nota, peta minda penuh bertampal di dinding-dinding loker, tepi-tepi dinding juga semak dengan fakta-fakta dan juga rumus-rumus fizik, algebra, formula-formula kimia, masa tuh ada lagi sebulan nak SPM. gila ke? heehhe..
sape yang reka semua nih?

tapi lain pula bagi aku dan roomate ku yang tercinta POK LOH. nota itu mustahil. peta minda itu hanya menyemak. formula kimia hanya H2O je yang aku tahu. add math memang haram. pengamiran, perbezaan, persamaan serentak aduhh.. memenatkan otak je semua tuh. dikala orang lain khusyuk menghambakan diri kepada buku aku sibuk bermain game kat game boy atau pon maen sonic kat n-gage. istilah study hanya wujud dikala seminggu sebelum exam, masa tu la aku baru nak membelek buku menghafal sejarah Malaysia, baca pasal k-ekonomi, k-masyarakat. masa tu la aku baru belajar buat pesamaan kimia. masa tu memang betul-betul gila. tido tak tahu kemana. tapi makan tetap makan, tapi alhamdulillah aku tetap berjaya menghadapi exam tuh dengan berjaya nya. hehe..
dah memang malas study kan.

pointer 0.18... aku silap tulis ke ape nih. iye betul memang 0.18. lawa memang lawak. masa nih aku mengenjoykan diriku kat kat matrix chanlung kos fizik. o.18 bang, memang aku betul-betul malas study mase duk matrik. alasan aku satu je, matrix susah! abis cerita. dari dulu sampai sekarang aku stay malas. satu penyakit yang tiada ubat yang boleh mengubatinya.

okey aku rasa dah banyak aku kongsi pasal bertapa susahnya aku nak study. sekarang aku nak bagi siket nasihat untuk dijadikan peringatan untuk diri aku sendiri dan korang semua. sebenarnya nak mengaji ataupun study bukan la susah sangat asal kan kita rajin, bukan nya rajin banyak cukup la hanya sekadar rajin-rajin sedikit. bak kata orang
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
kalau usaha segantang, segantang la kita dapat,
kalau usaha secupak, secupak la kita dapat,
kita yang menentukan hidup kita bukan orang lain,
perahu sudah diair pendayung sudah ditangan,
bergantung pada kita hendak kayuh kehulu atau ke hilir,
sekian saja coretan hari aku untuk kali ini. mata pon dah ngantuk, ingat lepas nih nak tengok match Man U plak. apa-apa pun Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kita sendiri yang mengubahnya. sama-sama la kita memikirkan nya.
ASSALAMULAIKUM~ kata-kata akhir dari aku. SILA AMBIL IKHTIBAR, SILA RENUNGKAN DAN SILA KOMEN.

Sunday, March 28, 2010

salah ibu mengandung, salah ayah cucuk serong?

ASSALAMULAIKUM semua. dan salam sejahtera juga. mula-mula sekali aku aku nak berterima kasih banyak-banyak kat siapa-siapa yang dah komen post aku pasal hubungan sejenis dan kes gugur bayi. serius sebelum nih aku dah post 116 post. memang terharu la bila orang komen ape yang aku tulis. terharu maru aku, lepas nih sape yang komen paling banyak aku nak bagi hadiah la.. heheheh... tak lupa juga pada yang dah follow blog aku yang membosankan nih. dan tak ketinggalan juga pada yang duk menjerit kat shout mix aku tuh..
ni pencuri pukul nak?
okey hari nih aku nak mencarut pasal budak-budak yang panjang tangan nih. panjang tangan bermakna orang yang bodoh,bebal,sial, ngok, sengek, gila, haram, memang dari kecik sampai kebesar aku memang pantang dengan orang yang suka mencuri nih. nak je aku sula bontot korang nih. kepada yang belum tahu dan yang sedia maklum. aku sekarang nih sedang menuntut ilmu kat METC MAS Engineering Training Centre di Complex B Airport Subang. aku stay kat Ara Damansara. kitorang seramai +-200 orang menetap kat sini. dalam ramai-ramai nih ade la yang jenis panjang tangan dan bebal otak nih. jumlah barang-barang yang hilang memang tak terkira la banyak nya. beriban-riban la juga,
best nye kalau aku boleh pukul si pencuri nih

rumah aku saja dah kehilangan 4 bijik henset, 1 labtop. bodoh bangang la kamu wahai si bebal. aku tak tahu la korang jadi bongok sebab salah ibu mengandung atau salah ayah cocok serong. heheh... aku sebenarnya dah tahu ade sorang budak yang suka mencuri nih. nama nya sulaiman (bukan nama sebenar) nak je aku pukul. bukti memang dah ada, saksi pom ade tapi masalah nya aku dah lama bersara dalam bidang pukul memukul nih. aku pum kesian kat budak nih, kalau aku report kes nih kat admin aku takut budak nih kena buang pulak. sebab kat tempat aku nih kalau ada buat kes curi mencuri nih kompem kena buang nya. kalau dipukul dia report plak tak ke nanye aku. adoii~ so aku ambik pendekatan terbaik tuk biar jela budak tuh. biar jela tu urusan dia dengan tuhan n dengan tuan barang yang dia curi tuh.

aku serius cakap aku memang dari sekolah menengah lagi memang nakal,
(nakal bukan jahat) dah banyak kali aku kena gantung sekolah. kena masuk bilik disiplin memang biasa lah tu, dah kire bilik tuh kelas kedua aku. biasa kes aku buat pukul budak, kacau budak pempuan, ponteng, fly,rokok tu jela. tapi kalau bab-bab mencuri nih memang aku tak pernah,



PRINSIP AKU, AKU TAK KAN PERNAH DAN TAK KAN MENCURIK, MINUM ARAK, TEBUK ANAK DARA ORANG, DAN TAK KAN AMBIK DADAH. CUKUP LA DENGAN ROKOK JE.

aku takkan buat semua nih sebab bagi aku semua tuh ada berkait dengan orang lain, apa yang kita buat tuh bakal menyusahkan orang lain. susah kan diri sendiri lain cerita la. mencuri kompem la nyusahkan orang kan? tebuk anak orang lagi la. kalau tak kantoi tak ape, tapi buat nya terbunting anak orang tuh tak ke mamposss. lagi satu hal minum dan dadah, memang la kita buat semua tuh pakai duit sendiri samada duit mak bapak korang yang jerih membanting tulang empat kerat kat umah tuh. or duit pinjaman MARA atau PTPTN ke. time korang ada duit boleh la korang cakap ala aku ambik bende tu pom pakai duit aku sendiri tak ada pom mintak duit sape-sape. itu time ko ade duit. tapi bila dah kering? tangan dah ketar-ketar hingus dah meleleh? duit MARA pom dah abes? nak mintak dengan mak pom mak baru masukkan semalam? mana korang nak kedap duit tuh? ambik jalan mudah. M.E.N.C.U.R.I.... hahaha.... (lepak jap isap rokok)

adoi rokok pun tinggal sebatang je nih. lupa nak beli lepas tengok Chelsial bantai Aston villa 7-1 semalam. okeh balik pada kes mencurik nih, kepada sesiapa yang suka mencuri tuh aku sertakan dalil tentang hukuman mencuri nih.

”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(Surah Al- Maidah ayat 38)



aku rasa negara kita nih wajar la memperuntukkan hukum hudut nih. kasi potong tangan sesiapa yang suka mencuri nih. tapi masalah nya, negara kita nih cuma ada hukuman penjara dan denda je. biasala negaraku yang tercinta nih buat la salah macam mana pun kalau ada duit kompem boleh lepas nya. masalah nya ada pula yang keluar kan kenyataan kalau kita buat hukum hudut nih ramai la orang malaysia ni yang kudung tangan nya. adoiii~ akai tak da ke? ini hukum Allah mana boleh buat main-main. buat gurau-gurau. aku pon mengaku aku bukan la baik sangat pun kadang-kadang yang wajib pun aku tertinggal, tapi benda-benda agama nih aku tak buat bergurau la.

okey la aku pun dah penat menulis nih. aku harap kita semua boleh la ambil iktibar ape yang aku coretkan hari nih. kalau ada siapa-siapa yang tersinggung dengan penulisan aku hari nih aku mintak maaf bebanyak la. lagi satu hal kalau free sila la letak siket komen okeh? kalau nuffnang aku tu tak tido, sila klik ye. baru je letak semalam. hehehe...
selamat berweekend semua.. ASSALAMULAIKUM.

Thursday, March 25, 2010

cucuk layan dan buang. kamu BANGANG.




Assalamulaikum dan selamat malam. dah pukul 12:44 nih. entah macam mane aku rase macam ringan je tangan tuk menaip malam nih. berbekalkan winston 14 yang baru dibeli tadi. aku menyusun patah demi patah, melengkap kan ayat,menjadi perenggan pendapat yang sekarang ini di tatap oleh korang. tadi sambil aku mengoogle aku terserempak dengan gambor-gambor pengguguran dan pembuangan bayi. tanpa semena-mena jari ku ringan untuk meng right klik tuk mengesave gambar nih, ayat pertama yang melompat kedalam benak ku ialah APE PUNYE BANGANG LA BUAT KEJE MACAM NIH. BUNUH JE, BODOH!! ahhh geram, sedih, ape nak jadi la dengan makhluk sejenis dengan ku ini. aduhh kejamnya cucu-cicit nabi Adam nih. Benggong, pandai cucuk pandai la korang jage, yang ko g buat kat bdak2 yang tak berdose sampai macam nih sekali ape kes? Akail ta dak ka?



Aku bukan tau sangat pasal undang-undang islam nih, tapi yang pasti ape yang aku tau pasal zina-mina nih ukuman nye kalau tak sebat tak pom kene rejam ngan batu,
(sape-sape yang tau tolong terangkan ye) tapi bagi aku tiada hukuman lebih baek untuk diorang nih, penjara 10 tahun sebat 12 kali pom aku rase tak cukup, geng-geng nih elok dibunuh je.. haaa biar padan dengan muka. sape suruh bangang sangat. tak pon cop je atas dahi diorang nih.. SAYA PENGZINA, SAYA BUANG BAYI, SAYA GUGUR ANAK LUAR NIKAH. biar die rase malu nye. ni tidak undang-undang kat negaraku tercinta 1Malaysia nih ringan sangat. alih-alih penjara stahun dua, pastu denda dua tige riban. adoii!! hukom hudut la weh... baru diorang serik. setakat denda tuh alaaa,, bile-bile mase la diorang boleh bayar,.



Tapi aku bukan nak menyalahkan sipelaku je dalam hal nih. aku pom nak juga salah kan masyarakat lam hal nih. yang PERTAMA; aku tak setuju kalau anak-anak yang dilahirkan luar nikah mahupon ditepi nikah nih dilabel sebagai anak haram. memang tak patot la kalau korang panggil diorang macam tuh. istilah anak luar nikah pom bagi aku kurang enak untuk didengar apatah lagi disebut. semua gelaran-gelaran nih hanya akan mengaibkan mereka. yang salah bukan mereka. tapi si bapak dan si emak nye yang salah.
KEDUA: masyarakat kita lagi satu hal, terima lah n tolong la sape2 yang terjebak lam industri pengeluaran anak-anak yang kurang bernasib baik nih. kalau lah ade antara mak bapak diorang yang nak kembali kepangkal jalan, tolong la mereka. ini tidak orang tu dah elok-elok nak insaf taubat ape sudah.. last-last kita pula yang tak nak trime. memang la ape yang diorang buat sebelom nih salah. aku pom geram ngan perangai diorang nih. tapi sape tak penah buat silap kan??

LAST: ibu bapak kena la maen peranan siket. tengok la siket perangai anak-anak korang nih. aku harap kalau ada golongan ibu2 dan bapak2 yang baca ape yang aku tulis nih. pantau-pantau la anak-anak korang. jangan bila dah balik umah perut buah tembikai baru nak gelabah macam menter nak kena pertuduhan rasuah.. hahah... tengok siket anank-anak korang kuar ngan sape. ape de buat kat luar. jangan sampai bile dah kena lauk macam gambar kucing kat bawah nih baru nak teregeh-egeh nak buat repot polis. dah terlamabat la makcik oii!


okey la dah banyak aku mencarut malam nih. MEGI SAYA SUDAH KEMBANG..
saya nak makan. ASAL DARI KAMPUNG... ape-ape pom setiap apa yang kita ushakan hendaklah sentiasa dilakukan kerana Allah. Insyallah keredhaanNya MESTI MARII!!
ASSALAMULAIKUM~

Monday, February 8, 2010

ini baru betul romantis

aku memang salute la kat brother nih.
korang memang sayang gile la kat bini
korang. kepada sape-sape yang betul-betul
sayang kat isteri korang ape kate korang
buat macam ni gak. kompem diorang sayang
korang lebih la.... hahahaha






Sunday, February 7, 2010

cantik. ukiran buah.

aku pon tak tau macam mane la diorang boleh ukir buah
ape ntah jadi bentuk ular macam nih. aku ingat bile time
aku kawin nanti aku nak buat yang macam ni jugak la..

mesti gempak kalau orang kampung tengok nih.
heheheh riak dan takhabur disitu!



Saturday, February 6, 2010

Friday, January 1, 2010

new year celebration at Kuala Lumpur!

sambutan tahun baru disambut meriah di ibu negara Malysia(negara Islam) kuala lumpur!! masa untuk membuat bayi luar nikah! bayi tahun baru!