Followers

Showing posts with label cool. Show all posts
Showing posts with label cool. Show all posts

Sunday, November 7, 2010

Cinta dulu vs Cinta sekarang




Assalamulaikum...

seingat aku masa zaman kecik-kecik dulu ade la satu kes yang amat menggemparkan di kampung aku. kes nya bukan la gempar sangat kalau benda tu berlaku sekarang. peristiwa yang berlaku tak lain dan tak bukan ialah ada sorang gadis kampung aku mengandungkan anak luar nikah. masa tu satu kampung heboh, pergi je mana-mana pun mesti ada orang duk cerita pasal benda tu. bukan main heboh lagi, keluarganya habis malu. malu nak keluar rumah, malu nak kekedai ekoran peristiwa itu. tapi sekarang lain pulak jadinya, benda-benda macam tu dah jadi macam perkara biasa. dah tiada apa yang nak disorokkkan lagi, dah jadi macam perkara tu bukan satu kesalahan. entah apa yang nak jadi dengan dunia sekarang...

mari kita cuba tengok apa bezanya antara cinta dulu dan cinta sekarang..

CINTA DULU dating tempat terang..
CINTA SEKARANG suka jumpa malam-malam..

CINTA DULU hukum Allah didahulukan..
CINTA SEKARANG agama letak dibelakang..

CINTA DULU kawin dulu anak kemudian..
CINTA SEKARANG anak dah 2 orang sorang dalam jamban sorang dalam longkang..

CINTA DULU susah tangan nak berpegang-pegang..
CINTA SEKARANG tak sempat pegang tangan duk syok menyelam..

CINTA DULU mak bapak selalu melarang..
CINTA SEKARANG bapak tegur silap-silap makan terajang..

CINTA DULU hidup semati susah dan senang..
CINTA SEKARANG awak "bagi" saya sayang, tak "bagi" saya tinggalkan..

Wednesday, September 29, 2010

AKU BERKECELAKAAN KEMALANGAN.

ni gambar Google je tapi nampak pada xray lebih kurang ni la.

Assalamulaikum, dan salam sejahtera.





Sudah lama rasanya aku biarkan blog aku nih kesepian tanpa bertuan. Desakan kesempitan masa betul-betul membuatkan aku terpaksa mengambil keputusan untuk membiarkannya sepi tanpa bertuan. namun Alhamdulillah bersyukur pada Nya malam ini aku tergerak hati untuk membuat satu post baru buat tatapan semua.





Aku sekarang nih aku dalam proses penyembuhan ekoran tragedi berdarah malam raya. aku nak cerita panjang pun malas jugak nih. korng tengok jela gambar lakaran kemalangan malam tuh...













lakaran kemalangan sehari sebelum lebaran..
kereta A dari lorong kanan secara tiba-tiba tanpa beri amaran telah bertukar ke lorong kiri. moto 1 yang ditunggangi Paih, moto 2 Aku, moto 3 saing Paih. telah membreak namun jarak dengan kereta yang dekat telah menyebabkan ketiga-tiga motor terbabas dan saling berlanggaran.. motor aku terpaksa ditinggalkan di pejabat MTD Genting Sepah.. aku cuma patah left collar bone, paih seliuh lutut, kawan paih patag pergelangan tangan kiri.. kereta A iaitu Iswara warna gelap langsung tidak berhenti di tempat kejadian. no plate juga tidak sempat diambil...

Tuesday, June 22, 2010

bila hujan datang

aku berjalan dalam hujan melayan kesedihan


Hujan. Awan-awan putih berarak, berhimpun sesama mereka membentuk satu gumpalan awan hitam yang pekat. Awan yang sepanjang hari putih bersih meneduhiku telah berubah, bertukar menjadi penghalang. Menghalang sinar suria dari menerangi hidupku. Sinar yang sepanjang hari menerangiku telah terhalang. Terhalang membentuk bayang. Bayang yang menggelapkan pandangan ku. Aku hanya menunggu di tepian memikirkan hujan yang bakal mendatang. Sempatkah aku berlari berteduh sekiranya aku meneruskan pejalananku. Sesungguhnya pejalanan ku adalah panjang, satu kembara yang ke destinasi yang tiada penghujungnya.

Angin sudah mula bertiup kencang. Menerbangkan daun-daun kering yang kelayuan, daun-daun yang selama ini terikat erat pada reranting yang selama ini teguh memegang. Tinggalah ranting bercabang dengan jari-jemarinya keseorangan, sudah menjadi lumrah alam yang tua layu akan gugur kecundang dan yang muda akan muncul sepertimana kitaran alam. Itu semua sudah dirancang. Itu semua sudah ditentukan. Namun gugurnya dedaun tua bukan lah tanpa sebab dan tujuan. Gugurnya mereka ada hikmah nya.

Aku masih disini mencongak akan kehadiran hujan. Kilat mula gagah membelah langit, sabung-menyabung, alam menjadi cerah. Namun sinar yang dipancarkannya hanya seketika, cukup sekadar sedetik cuma. Selang seketika guruh pula datang membingitkan, mengejutkan sekalian alam, mengejutkan aku yang selama ini terlena panjang. Lena dalam mimpi yang tiada kesudahan. Tapi sayang masih ada yang tetap dibuai mimpi, diulit mainan tidur. Guruh yang berdentum sikit pun tidak dihiraukan. Masih ada yang tetap setia menarik selimut menutupi badan. Angin sejuk yang menghembus umpama satu kenikmatan, nikmat yang yang sama sekali tidak dijangkakan. Tidurlah, teruskanlah bermimpi, jangan menyesal jika ketinggalan kerana aku sudah nekad untuk meneruskan perjalanan. Biarlah aku basah berhujan, asalkan aku tidak jauh kebelakang.

Akhirnya, titis-titis mula kelihatan. Mula turun membasahkan bumi yang selama ini kontang dan gersang. Biarkanlah andainya aku basah, biarlah aku lenjun dibasahi hujan. Aku jadikan ini satu pengalaman, bagiku tiada ilmu dan pengajaran yang lebih baik daripada pengalaman. Ia mengajarku erti susah dan senang, ia mengajarku erti kehidupan, mengajarku erti kematangan. Semoga apa yang aku pelajari ini dapat menjadi bekal untuk aku tempuhi hari-hari mendatang. Aku tetap melangkah menempuhi jalan-jalan yang berlopak becak. Hujan tetap turun mecurah kan airnya. Alam mula dibersihkan kotorannya, dialirkan semuanya kesungai dan longkang. Membawa semua kekecewaan nya penyesalan yang selama ini ditinggalkan oleh penghuninya. Semoga air yang menimpaku ini bakal menyucikan aku dari segala dosa silam, dari semua kesilapan.

Melangkah dan terus melangkah, akhirnya hujan yang menimpa mula berkurangan. Guruh yang kencang berdentum mula tidak kedengaran, kilat petir juga mula tidak kelihatan. Awan-awan hitam juga mula beredar, sudah habis air yang dikandung ia mula hilang dari pandangan. Tersenyum aku melihat awan putih mula bertandang, terpandang aku jalur-jalur berwarna dikaki langit. Merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila, dan unggu. Cantik nya ciptaan Mu. Alangkah ruginya bagi sesiapa yang masih terlelap, terlepas dari menyaksikan indah cantiknya pelangi.
Sinar mula kelihatan malu-malu mengintai di celah awan, cahaya nya mula memenuhi alam. Tersenyum aku keseorangan, sinar yang ditunggu mula kelihatan, namun perjalananku masih panjang. Aku terus melangkah dan berjalan, ke satu destinasi yang masih jauh dihadapan. Menuju ke destinasi impian, ke puncak kejayaan, ke gunung harapan, ayuh kawan temani lah aku berjalan.

Sunday, April 18, 2010

kita mudah lupa. kita selaku manusia



KORANG MUNGKIN BIASA DENGAR
"MELAYU MUDAH LUPA" KAN?
BUKAN MELAYU AJE, SEMUA
MANUSIALAH SENANG CERITA,
LUPA APA, MELABUR TAK LUPA..
DAH TU APA YANG KITA LUPA PUN
KITA TAK BERAPA NAK INGAT.
INGAT-INGAT LA BALIK!

LUPA PADA ALLAH.

ni paling common kot orang puteh nye, paling koman kot melayu.
Nak ingat cemana, tak nampak. Tak nampak walau seluruh alam ini
Dia yang cipta, Dia yang beri kita mata untuk melihat alam ini
tapi tetep tak nampak. Tak perasan, tak terpikir, tak pedulik,
dan secara otomatiknya takde la nak ingat kat Dia. Bila solat
kita kita buat-buat ingat walau hati alpa, orang ajak pergi
"rumah" Dia kite ngelak.LUPANYA KITA!

LUPA ASAL-USUL



Siapa Tanggang? siapa Kacang? siapa? kita-kita la belaka tu.
Yang anak tak ingat kat mak bapak, macam kcang lupakan kulit.
Kena pula mak babak dah tak ade lagi la tak ingat. Nenek moyang
apatah lagi. Lupakah kita Tok Adam tu moyang kita semua? diulangi
SEMUA... Siapa yang nak ikut mazhab Darwin tu lantak la, dia
ngaku keturunan beruk, korang tak tahu la. Habis tu kenapa nak
taksub dengan bangsa, keturunan atau pun warna kulit?
Korang tak ingat ke yang korang semua asal dari tanah dan nanti
dibaham tanah juga akhirnya. ni gaduh apahal? LUPANYA KITA!

LUPA ARAH TUJU



Yang kita ingat nak kenyang, nak senang, nak buat bangang..
ada kita ingat tujuan kita dujadikan? Apa tugas umat Islam?
takkan sekadar jadi isi alam? kemana kita nak pergi tiap hari?
pergi keje je ke? pergi joli? pergi mampos? Sori, bukan nak berkasar
tapi itu la sebaik-baiknya.. ingat kita semua akan pergi jua
akhirnya.jadi sebelum pergi tak ke nak kena ready?
ke korang memang eveready? Dah pejam mata baru nak meraung nak
celik balik? nak insaflah, nak beramallah, nak jadi insan kamil.
lupakanlah... LUPANYA KITA!

LUPA DIRI


Malas nak komen, empunya diri pun saban hari lupa diri.
Lupa yang diri ini hamba yang hina.. harapkan belas rahamt dariNya
setiap masa. Bila lupa mulalah ingat diri ini yang berdiri sendiri,
diri ini yang cari rezeki, diri ini yang menentukan nasib diri
sendiri. Bila dah lupa diri mulalah ingat nafas ini kita punya,
nyawa ini kita punya, dunia ini kita punya. Sudahlah jelas
diri yang jadi Tuhan, tu yan perangai seseko macam firaun!
Pasal tu lah Allah suruh berzikir, zikir itu maknanya ingat,
ingat sapa? Korang pikir la sendiri! KITA SAMA-SAMA PIKIR!
LUPANYA KITA!

Tuesday, February 9, 2010

adoii!!! anda tidak gemuk sebenarnya.

inilah antara mat-mat rempit yang
terpaksa bersara dari arena rempit
kerana mempunyai berat badan yang
terlampau berat atau pun obesiti









Monday, February 8, 2010

ini baru betul romantis

aku memang salute la kat brother nih.
korang memang sayang gile la kat bini
korang. kepada sape-sape yang betul-betul
sayang kat isteri korang ape kate korang
buat macam ni gak. kompem diorang sayang
korang lebih la.... hahahaha






Sunday, February 7, 2010

rambut atau topi?

pehh... yang ni hebat. ntah macam mane dibuat
aku pon tak tau. tapi memang stail la. heheh
rambut die trim jadi bentuk topi tu.


pakai tangan pon boleh! hehehe

pakai tangan je kot. kau memang hebat la bro.
mau kat 10 kilo ikan nih. pehh... kena yang
200 kilo mau tercerai tangan dari badan.
heheheheh.....



women = problems? (bukan aku cakap k)

betul ke ape yang diorang kira nih?
aku pon pelik kenapa la aku tak
pernah nak terpikir untuk buat
persamaan macam ni. tapi aku
rasa betul kot. hehehehe...
korang pulak macam mane?




cantik. ukiran buah.

aku pon tak tau macam mane la diorang boleh ukir buah
ape ntah jadi bentuk ular macam nih. aku ingat bile time
aku kawin nanti aku nak buat yang macam ni jugak la..

mesti gempak kalau orang kampung tengok nih.
heheheh riak dan takhabur disitu!



akad nikah pon ade teks!

asdoiii!!! serius hari ni baru aku tau time akad nikah
rupe-rupenye ade teks kat bawah tu. lawak-lawak..
AKU TERIMA NIKAH NYA heheheeh,,,


bola sepak

apa nak jadilah!!


kreativiti budak-budak hostel!!

aku rasa sebilangan besar pengunjung blog aku ni penah tinggal kat hostel kan? tak kire la mase sekolah rendah ke, sekolah menengah atau time
kat kolej atau universiti.
bayangkan bile malam-malam perut buat
hal berbunyi-bunyi mintak diisi. maka ketika ini lah keativiti seseorang itu akan terserlah. tanpa disedari terciptalah satu alat memasak yang sama-sekali melangkaui batas-batas pemikiran manusia. hahahahahahaah



Saturday, February 6, 2010

adusshhh~~~ kamulah yang paling "seksi"

sape nak??? pilih jangan tak pilih!!!



cari jodoh!!♥


hari ini zaman dan cara telah berubah. Golongan muda kini lebih selesa mencari pasangan sendiri. Hakikatnya, usaha mencari jodoh masih diteruskan.

Ada yang lebih selesa mencari pasangan di pejabat, di dewan kuliah ketika masih belajar atau sebagainya. Terdapat juga segelintir individu menggunakan medium agensi mencari jodoh.

Kewujudan agensi mencari jodoh di negara ini merupakan satu usaha untuk membantu individu yang sukar dan masih tercari-cari pasangan yang sesuai.
ini pulak ape cerita?????

badly injured!

ape-ape pon yang korang kerjakan atau buat. pastikan safety always first..


-



-



-



-



-



-


-


-


-
-


-


-


-


-
-


-


-


-


-
-



-



-



-



-
-


-


-


-

ADUSSHH!!! kamu memang "seksi"♥


cuba korang tengok betul-betul gambar nih! cuba tengok kat celah-celah. ape yang korang nampak? nampak tak???

antara gambar-gambat yang FAIL♥















































































basikal oh basikal!!

salah satu cara untuk mengelakkakn basikal korang kena curi.. korang pasang kunci bagai nak rak macam nih. aku berani jami tak kan hilang punyelah. hehehehe..... tapi kalau hilang jugak aku tak tau la. cume aku syorkan korang buat notis macam kat bawah nih. mane la tau kan... kot-kot si pencurik tu nak pulangkan balik ke basikal kesayangan korang.!!♥

Friday, January 1, 2010

superhero yang paling seksi.. hello kitty man!!

nampak nye superman dan spiderman akan ada pencabar yang baru. HELLO KITTY kot. pink lak tu. hahahah.. totally sengal~~