Followers

Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

bila hujan datang

aku berjalan dalam hujan melayan kesedihan


Hujan. Awan-awan putih berarak, berhimpun sesama mereka membentuk satu gumpalan awan hitam yang pekat. Awan yang sepanjang hari putih bersih meneduhiku telah berubah, bertukar menjadi penghalang. Menghalang sinar suria dari menerangi hidupku. Sinar yang sepanjang hari menerangiku telah terhalang. Terhalang membentuk bayang. Bayang yang menggelapkan pandangan ku. Aku hanya menunggu di tepian memikirkan hujan yang bakal mendatang. Sempatkah aku berlari berteduh sekiranya aku meneruskan pejalananku. Sesungguhnya pejalanan ku adalah panjang, satu kembara yang ke destinasi yang tiada penghujungnya.

Angin sudah mula bertiup kencang. Menerbangkan daun-daun kering yang kelayuan, daun-daun yang selama ini terikat erat pada reranting yang selama ini teguh memegang. Tinggalah ranting bercabang dengan jari-jemarinya keseorangan, sudah menjadi lumrah alam yang tua layu akan gugur kecundang dan yang muda akan muncul sepertimana kitaran alam. Itu semua sudah dirancang. Itu semua sudah ditentukan. Namun gugurnya dedaun tua bukan lah tanpa sebab dan tujuan. Gugurnya mereka ada hikmah nya.

Aku masih disini mencongak akan kehadiran hujan. Kilat mula gagah membelah langit, sabung-menyabung, alam menjadi cerah. Namun sinar yang dipancarkannya hanya seketika, cukup sekadar sedetik cuma. Selang seketika guruh pula datang membingitkan, mengejutkan sekalian alam, mengejutkan aku yang selama ini terlena panjang. Lena dalam mimpi yang tiada kesudahan. Tapi sayang masih ada yang tetap dibuai mimpi, diulit mainan tidur. Guruh yang berdentum sikit pun tidak dihiraukan. Masih ada yang tetap setia menarik selimut menutupi badan. Angin sejuk yang menghembus umpama satu kenikmatan, nikmat yang yang sama sekali tidak dijangkakan. Tidurlah, teruskanlah bermimpi, jangan menyesal jika ketinggalan kerana aku sudah nekad untuk meneruskan perjalanan. Biarlah aku basah berhujan, asalkan aku tidak jauh kebelakang.

Akhirnya, titis-titis mula kelihatan. Mula turun membasahkan bumi yang selama ini kontang dan gersang. Biarkanlah andainya aku basah, biarlah aku lenjun dibasahi hujan. Aku jadikan ini satu pengalaman, bagiku tiada ilmu dan pengajaran yang lebih baik daripada pengalaman. Ia mengajarku erti susah dan senang, ia mengajarku erti kehidupan, mengajarku erti kematangan. Semoga apa yang aku pelajari ini dapat menjadi bekal untuk aku tempuhi hari-hari mendatang. Aku tetap melangkah menempuhi jalan-jalan yang berlopak becak. Hujan tetap turun mecurah kan airnya. Alam mula dibersihkan kotorannya, dialirkan semuanya kesungai dan longkang. Membawa semua kekecewaan nya penyesalan yang selama ini ditinggalkan oleh penghuninya. Semoga air yang menimpaku ini bakal menyucikan aku dari segala dosa silam, dari semua kesilapan.

Melangkah dan terus melangkah, akhirnya hujan yang menimpa mula berkurangan. Guruh yang kencang berdentum mula tidak kedengaran, kilat petir juga mula tidak kelihatan. Awan-awan hitam juga mula beredar, sudah habis air yang dikandung ia mula hilang dari pandangan. Tersenyum aku melihat awan putih mula bertandang, terpandang aku jalur-jalur berwarna dikaki langit. Merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila, dan unggu. Cantik nya ciptaan Mu. Alangkah ruginya bagi sesiapa yang masih terlelap, terlepas dari menyaksikan indah cantiknya pelangi.
Sinar mula kelihatan malu-malu mengintai di celah awan, cahaya nya mula memenuhi alam. Tersenyum aku keseorangan, sinar yang ditunggu mula kelihatan, namun perjalananku masih panjang. Aku terus melangkah dan berjalan, ke satu destinasi yang masih jauh dihadapan. Menuju ke destinasi impian, ke puncak kejayaan, ke gunung harapan, ayuh kawan temani lah aku berjalan.

Friday, April 23, 2010

KITA BILA DAH TAK PEDULI (milopanas)


manusia ini sepatutunya mempunyai sifat-sifat terpuji
sebab kita dah dianugerahkan dengan akal fikiran.
tapi itu semua ramai orang dah letak kat kaki
sekarang ni. sebab diorang banyak dah TAK PEDULI
sama ada diorang manusia ataupun haiwan yang
tak berakal..


Kita bila dah tak peduli makanan halal dan haram.


banyak botol arak dalam simpanan kat rumah, bir dalam
peti sejuk, tunggang air setan macam minum teh tarik
hmm,, kalaulah teh tarik tu semurah teh tarik sebenar,
rasanya makin ramai kot yang semakin buta antara
halal dan haram.

kita bila dah tak peduli batasan lelaki dan perempuan.



banyak tong sampah,surau,longang dah dijadikan tempat
pembuangan bayi tak berdosa. tu semua sebab suka
sangat mendekatkan diri antara lelaki dan wanita,
dah tak kirabukan suami atau bukan isteri.
semua halal.

kita bila dah tak peduli jiran-jiran.

jiran meninggal dua minggu lepas, baru nak tahu
hari ni. tu pun sebab keluarga jiran yang meninggal
tu panggil kenduri doa selamat. kalau tidak mungkin
setahun lagi baru khabar berita tu sampai. lain kali
tak payah la nak pedulikan orang keliling ye.

kita bila dah tak peduli cakap mak ayah.


lari ikut warga asing ke negara masing-masing,
lawan cakap mak ayah sebab semua semua cakap kekasih
yang betul. last-last bila dah merana kat tempat
orang, pandai pulak mintak tolong kat mak ayah.
suruh bawak dia balik ke tanah air tercinta.
PIGIDAH!!

kita bila dah tak peduli kampung halaman.


balik kampung lima tahun sekali, tu pun sebab ada
urusan membahagikan harta, kematian sedara mara.
raya pun tak sempat nak balik, sibuk kejar dunia.
akhirnya bila terkahwin dengan muhrim sendiri
pun tak tahu.

kita bila dah tak peduli ilmu pengetahuan.


tang serononya kejar kemasyuran, kegemilangan,
nak jadi apa. nak jadi penyanyi..
nak jadi apa. nak jadi pelakon..
takde yang nak jadi pensyarah,
takde yang nak jadi doktor..
buat apa belajar lambat...
jadi penyanyi dari kecik-kecikkan dah boleh
jadi kaya cepat..

Monday, February 8, 2010

ini baru betul romantis

aku memang salute la kat brother nih.
korang memang sayang gile la kat bini
korang. kepada sape-sape yang betul-betul
sayang kat isteri korang ape kate korang
buat macam ni gak. kompem diorang sayang
korang lebih la.... hahahaha






agak-agak la kalau nak tidur pon cik abang ooioiii!!

ade ke patut mase bersanding pon tidur..
ni mesti mase kecik-kecik suka tidur
dalam kelas. mase keje suke tidur dalam
ofis. malam pertama jangan tidur la cik abang oii!
lain kali tidur la lagi k. tak pasal-pasal
masuk milopanas.blogspot.com!



Sunday, February 7, 2010

budak MICHELIN!

adooii!!! entah ape la yang mak bapak
budak ni kasik kat budak nih.
teruk benor dah aku tengok budak
ni sorang. berlipat-lipat~~~




akad nikah pon ade teks!

asdoiii!!! serius hari ni baru aku tau time akad nikah
rupe-rupenye ade teks kat bawah tu. lawak-lawak..
AKU TERIMA NIKAH NYA heheheeh,,,


seksi ke? (kes penderaan oleh isteri)

  • oh adusss~~ kamulah yang paling seksi! hahahahaah





dua dunia berbeza!

  • dua kedai yang berbeza. dua dunia yang berbeza!



mat rempit bila time banjir

aku memang respek la kat budak-budak rempit nih.korang tengok jela. time banjir pon steady je diorang weelie tu. memang aku respek la. majulah rempit untuk negara



kreativiti budak-budak hostel!!

aku rasa sebilangan besar pengunjung blog aku ni penah tinggal kat hostel kan? tak kire la mase sekolah rendah ke, sekolah menengah atau time
kat kolej atau universiti.
bayangkan bile malam-malam perut buat
hal berbunyi-bunyi mintak diisi. maka ketika ini lah keativiti seseorang itu akan terserlah. tanpa disedari terciptalah satu alat memasak yang sama-sekali melangkaui batas-batas pemikiran manusia. hahahahahahaah



Saturday, February 6, 2010

Geng Bas Sekolah

Truly Malaysia... budak-budak sekolah berhimpit kat dalam bas. harap-harap la pihak berkuasa boleh mementau bas-bas sekolah yang beroperasi tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan... kesian kot tengok budak-budak perempuan ni berhimpit kat bonet van nih.. adooiii!!!


adusshhh~~~ kamulah yang paling "seksi"

sape nak??? pilih jangan tak pilih!!!



basikal oh basikal!!

salah satu cara untuk mengelakkakn basikal korang kena curi.. korang pasang kunci bagai nak rak macam nih. aku berani jami tak kan hilang punyelah. hehehehe..... tapi kalau hilang jugak aku tak tau la. cume aku syorkan korang buat notis macam kat bawah nih. mane la tau kan... kot-kot si pencurik tu nak pulangkan balik ke basikal kesayangan korang.!!♥

Friday, January 1, 2010

superhero yang paling seksi.. hello kitty man!!

nampak nye superman dan spiderman akan ada pencabar yang baru. HELLO KITTY kot. pink lak tu. hahahah.. totally sengal~~

new year celebration at Kuala Lumpur!

sambutan tahun baru disambut meriah di ibu negara Malysia(negara Islam) kuala lumpur!! masa untuk membuat bayi luar nikah! bayi tahun baru!























Sunday, December 13, 2009

perangai "orang" yang paling teruk. jijik dan dengal serta jelik

bersediakah korang?

-


-


-


pastikat kamu semua bukan sedang minum air sekarang nih.


-



-



-


inilah dia perangai orang utan yang paling teruk...


Pak Arab Oh Pak Arab.

tengok ape tu pak Syeh? haha.. buat malu je berserban tapi duk usha betis awek. heheheh

Thursday, October 22, 2009

pak guard baru.

diperkenalakn pak guard yang baru kat ofis ni. nama dia Bapak Kardes. memang hensem gila la..
-



-


-



-



-



-



-

Sunday, October 18, 2009

ultraman vs raksaksa



kepada siape-siape yang tak paham ape yang dituturkan oleh makhluk ni sila baca aku ape yang aku translate ni...

raksaksa : cih binatang kau ultaman tak sedar diri pas tu nak tunjuk
hero,dah kau buat stadium atas rumah aku sape suruh.
cube tengok lampu power ko berkelip-kelip merah dah tu.
nak gak lawan aku.

ultraman
: binatang tol.kenape ko khianat stadium ni sampai habis rosak.
baik kau bagi tau. kalau tak aku pukul ko.

abang baju kuning
: makan tanah jugak ultraman ni aku rase.