Followers

Showing posts with label pemikiranku. Show all posts
Showing posts with label pemikiranku. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

bila hujan datang

aku berjalan dalam hujan melayan kesedihan


Hujan. Awan-awan putih berarak, berhimpun sesama mereka membentuk satu gumpalan awan hitam yang pekat. Awan yang sepanjang hari putih bersih meneduhiku telah berubah, bertukar menjadi penghalang. Menghalang sinar suria dari menerangi hidupku. Sinar yang sepanjang hari menerangiku telah terhalang. Terhalang membentuk bayang. Bayang yang menggelapkan pandangan ku. Aku hanya menunggu di tepian memikirkan hujan yang bakal mendatang. Sempatkah aku berlari berteduh sekiranya aku meneruskan pejalananku. Sesungguhnya pejalanan ku adalah panjang, satu kembara yang ke destinasi yang tiada penghujungnya.

Angin sudah mula bertiup kencang. Menerbangkan daun-daun kering yang kelayuan, daun-daun yang selama ini terikat erat pada reranting yang selama ini teguh memegang. Tinggalah ranting bercabang dengan jari-jemarinya keseorangan, sudah menjadi lumrah alam yang tua layu akan gugur kecundang dan yang muda akan muncul sepertimana kitaran alam. Itu semua sudah dirancang. Itu semua sudah ditentukan. Namun gugurnya dedaun tua bukan lah tanpa sebab dan tujuan. Gugurnya mereka ada hikmah nya.

Aku masih disini mencongak akan kehadiran hujan. Kilat mula gagah membelah langit, sabung-menyabung, alam menjadi cerah. Namun sinar yang dipancarkannya hanya seketika, cukup sekadar sedetik cuma. Selang seketika guruh pula datang membingitkan, mengejutkan sekalian alam, mengejutkan aku yang selama ini terlena panjang. Lena dalam mimpi yang tiada kesudahan. Tapi sayang masih ada yang tetap dibuai mimpi, diulit mainan tidur. Guruh yang berdentum sikit pun tidak dihiraukan. Masih ada yang tetap setia menarik selimut menutupi badan. Angin sejuk yang menghembus umpama satu kenikmatan, nikmat yang yang sama sekali tidak dijangkakan. Tidurlah, teruskanlah bermimpi, jangan menyesal jika ketinggalan kerana aku sudah nekad untuk meneruskan perjalanan. Biarlah aku basah berhujan, asalkan aku tidak jauh kebelakang.

Akhirnya, titis-titis mula kelihatan. Mula turun membasahkan bumi yang selama ini kontang dan gersang. Biarkanlah andainya aku basah, biarlah aku lenjun dibasahi hujan. Aku jadikan ini satu pengalaman, bagiku tiada ilmu dan pengajaran yang lebih baik daripada pengalaman. Ia mengajarku erti susah dan senang, ia mengajarku erti kehidupan, mengajarku erti kematangan. Semoga apa yang aku pelajari ini dapat menjadi bekal untuk aku tempuhi hari-hari mendatang. Aku tetap melangkah menempuhi jalan-jalan yang berlopak becak. Hujan tetap turun mecurah kan airnya. Alam mula dibersihkan kotorannya, dialirkan semuanya kesungai dan longkang. Membawa semua kekecewaan nya penyesalan yang selama ini ditinggalkan oleh penghuninya. Semoga air yang menimpaku ini bakal menyucikan aku dari segala dosa silam, dari semua kesilapan.

Melangkah dan terus melangkah, akhirnya hujan yang menimpa mula berkurangan. Guruh yang kencang berdentum mula tidak kedengaran, kilat petir juga mula tidak kelihatan. Awan-awan hitam juga mula beredar, sudah habis air yang dikandung ia mula hilang dari pandangan. Tersenyum aku melihat awan putih mula bertandang, terpandang aku jalur-jalur berwarna dikaki langit. Merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila, dan unggu. Cantik nya ciptaan Mu. Alangkah ruginya bagi sesiapa yang masih terlelap, terlepas dari menyaksikan indah cantiknya pelangi.
Sinar mula kelihatan malu-malu mengintai di celah awan, cahaya nya mula memenuhi alam. Tersenyum aku keseorangan, sinar yang ditunggu mula kelihatan, namun perjalananku masih panjang. Aku terus melangkah dan berjalan, ke satu destinasi yang masih jauh dihadapan. Menuju ke destinasi impian, ke puncak kejayaan, ke gunung harapan, ayuh kawan temani lah aku berjalan.

Wednesday, March 31, 2010

kenapa susah nya nak mengaji?

kenapa aku malas belajar??
ASSALAMULAIKUM dan SALAM SEJAHTERA macam biasala aku baru je balik dari Anjung Cafe nih. tadi pergi lepak dengan member-member tersayang. perkena kopi kaw tarik kurang manis dan nasi goreng kampung lauk telur dadar. yang menelan belanja ringgit malaysia 6.50. bagi aku harga yang dikenakan agak berpatutan la. walaupun hanya lagi 3.50 nak cukup kan sepuluh ringgit namun ia tetap satu kadar yang agak menyeksa jiwa dan batinku untuk aku mengeluarkan not kertas 10 ringgit untuk membayarnya. ahhh!! cukup lah bebelan pasal makan nih.

post aku kali nih berjudul kenapa susah nya nak mengaji. mengaji yang aku ingin tekankan sekarang bukanlah mengaji kalam suci Allah Al-Quran tapi mengaji yang aku ingin ketengahkan ialah belajar ataupun menuntut ilmu. pernahkah kita tanyakan diri kita? kenapa la aku nih susah sangat nak study? kenapa la aku ni malas sangat? kenapa? kenapa?
inilah contoh nota-nota yang bertampal
kalau aku memang aku terang-terang tanpa perlu disuluh oleh lampu kalimantang berkuasa 120watt memang aku ni malas nak study. aku rasa aku memang dilahirkan untuk malas kot. korang cuba bayangkan masa nak SPM dulu pon aku tak study. masa form 5 aku duduk hostel so boleh la tengok geng-geng aku ni pecah kepala berdarah lubang hidung duk menelaah buku tesk mahupun buku rujukan SASBADI disebabkan oleh SPM. nota-nota, peta minda penuh bertampal di dinding-dinding loker, tepi-tepi dinding juga semak dengan fakta-fakta dan juga rumus-rumus fizik, algebra, formula-formula kimia, masa tuh ada lagi sebulan nak SPM. gila ke? heehhe..
sape yang reka semua nih?

tapi lain pula bagi aku dan roomate ku yang tercinta POK LOH. nota itu mustahil. peta minda itu hanya menyemak. formula kimia hanya H2O je yang aku tahu. add math memang haram. pengamiran, perbezaan, persamaan serentak aduhh.. memenatkan otak je semua tuh. dikala orang lain khusyuk menghambakan diri kepada buku aku sibuk bermain game kat game boy atau pon maen sonic kat n-gage. istilah study hanya wujud dikala seminggu sebelum exam, masa tu la aku baru nak membelek buku menghafal sejarah Malaysia, baca pasal k-ekonomi, k-masyarakat. masa tu la aku baru belajar buat pesamaan kimia. masa tu memang betul-betul gila. tido tak tahu kemana. tapi makan tetap makan, tapi alhamdulillah aku tetap berjaya menghadapi exam tuh dengan berjaya nya. hehe..
dah memang malas study kan.

pointer 0.18... aku silap tulis ke ape nih. iye betul memang 0.18. lawa memang lawak. masa nih aku mengenjoykan diriku kat kat matrix chanlung kos fizik. o.18 bang, memang aku betul-betul malas study mase duk matrik. alasan aku satu je, matrix susah! abis cerita. dari dulu sampai sekarang aku stay malas. satu penyakit yang tiada ubat yang boleh mengubatinya.

okey aku rasa dah banyak aku kongsi pasal bertapa susahnya aku nak study. sekarang aku nak bagi siket nasihat untuk dijadikan peringatan untuk diri aku sendiri dan korang semua. sebenarnya nak mengaji ataupun study bukan la susah sangat asal kan kita rajin, bukan nya rajin banyak cukup la hanya sekadar rajin-rajin sedikit. bak kata orang
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
kalau usaha segantang, segantang la kita dapat,
kalau usaha secupak, secupak la kita dapat,
kita yang menentukan hidup kita bukan orang lain,
perahu sudah diair pendayung sudah ditangan,
bergantung pada kita hendak kayuh kehulu atau ke hilir,
sekian saja coretan hari aku untuk kali ini. mata pon dah ngantuk, ingat lepas nih nak tengok match Man U plak. apa-apa pun Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kita sendiri yang mengubahnya. sama-sama la kita memikirkan nya.
ASSALAMULAIKUM~ kata-kata akhir dari aku. SILA AMBIL IKHTIBAR, SILA RENUNGKAN DAN SILA KOMEN.

Saturday, March 27, 2010

hendak ku jolok kau BERBATANG








ASSALAMULAIKUM dan selamat sejahtera semua.
aku baru je balik dari kedai Anjung Cafe nih. bosan-bosan malam minggu nih lepak-lepak ngan sahabat-sahabat sambil-sambil minum pom best juga. bermacam-macam isu dan permasalahan yang berjaya dikupas oleh aku. owner BUDAK HITAM pon ade sekali. antara yang rancak diperbahaskan di dewan rakyat kedai kopi tadi ialah pasal masalah perhubungan sejenis nih. sebelum aku memperhangatkan penulisan aku malam nih. aku nak bagi satu ucapan ikhlas untuk manusia-manusia yang buta hati dan nafsu nih.

WOI GENG-GENG LEBIAN N GAY. KORANG MEMANG BODOH LA. APE PUNYA BANGANG LA KORANG NIH. ALLAH DAH JADIKAN KORANG LELAKI DAN PEREMPUAN SORANG BERPISANG DAN SORANG LAGI BERDONUT. DONUT NYE BUKAN SATU TAPI DUA. YANG KORANG PEGI CARI YANG SAMA-SAMA BATANG TU APE HAL? CARI SAMA-SAMA DONUT TU KENAPA? INSAF LA WEH. NABI TAK NGAKU UMAT...


maafkan saya kalau perumpamaan yang aku bagi tuh menyinggung sesiapa. setiap benda kat atas muka bumi nih memang diciptakan berpasangan binatang pom ade jantan dan betinanya, magnet pom ade kutub utara dan selatannya. kalau utara sama utara mesti tak kan melekat nye. jari-jemari kasarku lincah menari-menari atas keyboard sensonic menaip-naip setiap huruf yang kemudiannya melengkap kan sebuah post khas untuk manusia-manusia pelik dan jelik nih. bagi aku tiada sebab untuk minat sesama jantan nih.
tiada sebarang alasan yang lojik untuk diterima akal aku inih.



aku begitu sedih dan terkilan kerana ada ramai insan-insan yang sesama islam dan sebangsa dengan aku terjebak dalam hubungan pisang dengan pisang nih. ape macam dah nak pupus sangat ke perempuan kat dunia nih? setahu aku perempuan lagi ramai dari laki lam dunie nih. even kat malaysia ku yang tercinta nih pom lagi ramai perempuan dari lelaki. lagi satu hal yang minat sesama pisang nih bukan nya geng-geng auuu maknyah tuh. masalah nya jenis body sekor-sekor tak mau beketul plak. muke pom boleh tahan market la. kalau setakat nak ngorat minah-minah uitm tu kompem boleh la. ini tidak pisang jugak yang kau cari.

untuk golongan-golongan musahakah nih aku nak bagi nasihat siket pasal hubungan sjenis nih. aku copy dari buku teks pendidikan islam tingkatan 4 nih.

LIWAT DAN MUSAHAQAH

· Maksud liwat :

§ Hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki.

· Maksud musahaqah :

§ Hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan

· Faktor yang menyebabkan perbuatan liwat & musahaqah :

§ Terpengaruh dengan budaya liar

§ Tidak sanggup memikul tanggungjawab suami isteri

§ Membaca atau melihat bahan-bahan lucah

§ Kelemahan pelaksanaan undang-undang

· Akibat jika melakukan liwat & musahaqah :

§ meruntuhkan institusi perkahwinan

§ menghidapi pelbagai penyakit fizikal dan mental

§ mendapat balasan azab di dunia dan akhirat


dah lenguh aku tulis nih. komen-komen la siket...
i'll hit you back..