Followers
Tuesday, June 22, 2010
bila hujan datang
Hujan. Awan-awan putih berarak, berhimpun sesama mereka membentuk satu gumpalan awan hitam yang pekat. Awan yang sepanjang hari putih bersih meneduhiku telah berubah, bertukar menjadi penghalang. Menghalang sinar suria dari menerangi hidupku. Sinar yang sepanjang hari menerangiku telah terhalang. Terhalang membentuk bayang. Bayang yang menggelapkan pandangan ku. Aku hanya menunggu di tepian memikirkan hujan yang bakal mendatang. Sempatkah aku berlari berteduh sekiranya aku meneruskan pejalananku. Sesungguhnya pejalanan ku adalah panjang, satu kembara yang ke destinasi yang tiada penghujungnya.
Angin sudah mula bertiup kencang. Menerbangkan daun-daun kering yang kelayuan, daun-daun yang selama ini terikat erat pada reranting yang selama ini teguh memegang. Tinggalah ranting bercabang dengan jari-jemarinya keseorangan, sudah menjadi lumrah alam yang tua layu akan gugur kecundang dan yang muda akan muncul sepertimana kitaran alam. Itu semua sudah dirancang. Itu semua sudah ditentukan. Namun gugurnya dedaun tua bukan lah tanpa sebab dan tujuan. Gugurnya mereka ada hikmah nya.
Aku masih disini mencongak akan kehadiran hujan. Kilat mula gagah membelah langit, sabung-menyabung, alam menjadi cerah. Namun sinar yang dipancarkannya hanya seketika, cukup sekadar sedetik cuma. Selang seketika guruh pula datang membingitkan, mengejutkan sekalian alam, mengejutkan aku yang selama ini terlena panjang. Lena dalam mimpi yang tiada kesudahan. Tapi sayang masih ada yang tetap dibuai mimpi, diulit mainan tidur. Guruh yang berdentum sikit pun tidak dihiraukan. Masih ada yang tetap setia menarik selimut menutupi badan. Angin sejuk yang menghembus umpama satu kenikmatan, nikmat yang yang sama sekali tidak dijangkakan. Tidurlah, teruskanlah bermimpi, jangan menyesal jika ketinggalan kerana aku sudah nekad untuk meneruskan perjalanan. Biarlah aku basah berhujan, asalkan aku tidak jauh kebelakang.
Akhirnya, titis-titis mula kelihatan. Mula turun membasahkan bumi yang selama ini kontang dan gersang. Biarkanlah andainya aku basah, biarlah aku lenjun dibasahi hujan. Aku jadikan ini satu pengalaman, bagiku tiada ilmu dan pengajaran yang lebih baik daripada pengalaman. Ia mengajarku erti susah dan senang, ia mengajarku erti kehidupan, mengajarku erti kematangan. Semoga apa yang aku pelajari ini dapat menjadi bekal untuk aku tempuhi hari-hari mendatang. Aku tetap melangkah menempuhi jalan-jalan yang berlopak becak. Hujan tetap turun mecurah kan airnya. Alam mula dibersihkan kotorannya, dialirkan semuanya kesungai dan longkang. Membawa semua kekecewaan nya penyesalan yang selama ini ditinggalkan oleh penghuninya. Semoga air yang menimpaku ini bakal menyucikan aku dari segala dosa silam, dari semua kesilapan.
Melangkah dan terus melangkah, akhirnya hujan yang menimpa mula berkurangan. Guruh yang kencang berdentum mula tidak kedengaran, kilat petir juga mula tidak kelihatan. Awan-awan hitam juga mula beredar, sudah habis air yang dikandung ia mula hilang dari pandangan. Tersenyum aku melihat awan putih mula bertandang, terpandang aku jalur-jalur berwarna dikaki langit. Merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila, dan unggu. Cantik nya ciptaan Mu. Alangkah ruginya bagi sesiapa yang masih terlelap, terlepas dari menyaksikan indah cantiknya pelangi.
Sinar mula kelihatan malu-malu mengintai di celah awan, cahaya nya mula memenuhi alam. Tersenyum aku keseorangan, sinar yang ditunggu mula kelihatan, namun perjalananku masih panjang. Aku terus melangkah dan berjalan, ke satu destinasi yang masih jauh dihadapan. Menuju ke destinasi impian, ke puncak kejayaan, ke gunung harapan, ayuh kawan temani lah aku berjalan.
apa yang mungkin berkaitan
cool,
dakwah,
derhaka,
hujan,
lawak,
lucu,
manusia kejam,
masyarakat.,
nasihat,
orang pelik,
pancing,
papan tanda,
pembedahan plastic,
pemikiranku,
rempit,
setem,
sexy mouse pad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
smart boh...blog demo..kawe xreti nak wat blog nie...hehhehehe...
ReplyDeleteterkasimaaku baca
ReplyDeleteCerita bikin hati panas: Be a muslim?Oh!sorry.I'm not interested...
wahh dah macam ayat novel lak. nice writing! semoga awak dapat ape yang awak ingin kan. all the best for u!
ReplyDeletep/s: hari ni hana umumkan sape dapat iklan free. tengok eyh nanti? :)
suka pelangi...ehheh
ReplyDeleteaish.bnyk kali dtg blog ni, nape tak update ni??
ReplyDeleteupdate la kay. :)
p/s : hye..esok hana akan autopublish 4 entry pada pukul 10 pagi, 2.30 ptg, 5.30 petang and 8.30 malam. Ada entry penghargaan sebab anda join contest tu.
Turn anda pukul 8.30 malam tu. Penting tau untuk anda baca!! Ingat tu!!! :) Kalau anda nak stay tuned and baca semua entry pon tak pe :p
lukiskan la die pakai payung... :-)
ReplyDelete