Followers

Showing posts with label rempit. Show all posts
Showing posts with label rempit. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

bila hujan datang

aku berjalan dalam hujan melayan kesedihan


Hujan. Awan-awan putih berarak, berhimpun sesama mereka membentuk satu gumpalan awan hitam yang pekat. Awan yang sepanjang hari putih bersih meneduhiku telah berubah, bertukar menjadi penghalang. Menghalang sinar suria dari menerangi hidupku. Sinar yang sepanjang hari menerangiku telah terhalang. Terhalang membentuk bayang. Bayang yang menggelapkan pandangan ku. Aku hanya menunggu di tepian memikirkan hujan yang bakal mendatang. Sempatkah aku berlari berteduh sekiranya aku meneruskan pejalananku. Sesungguhnya pejalanan ku adalah panjang, satu kembara yang ke destinasi yang tiada penghujungnya.

Angin sudah mula bertiup kencang. Menerbangkan daun-daun kering yang kelayuan, daun-daun yang selama ini terikat erat pada reranting yang selama ini teguh memegang. Tinggalah ranting bercabang dengan jari-jemarinya keseorangan, sudah menjadi lumrah alam yang tua layu akan gugur kecundang dan yang muda akan muncul sepertimana kitaran alam. Itu semua sudah dirancang. Itu semua sudah ditentukan. Namun gugurnya dedaun tua bukan lah tanpa sebab dan tujuan. Gugurnya mereka ada hikmah nya.

Aku masih disini mencongak akan kehadiran hujan. Kilat mula gagah membelah langit, sabung-menyabung, alam menjadi cerah. Namun sinar yang dipancarkannya hanya seketika, cukup sekadar sedetik cuma. Selang seketika guruh pula datang membingitkan, mengejutkan sekalian alam, mengejutkan aku yang selama ini terlena panjang. Lena dalam mimpi yang tiada kesudahan. Tapi sayang masih ada yang tetap dibuai mimpi, diulit mainan tidur. Guruh yang berdentum sikit pun tidak dihiraukan. Masih ada yang tetap setia menarik selimut menutupi badan. Angin sejuk yang menghembus umpama satu kenikmatan, nikmat yang yang sama sekali tidak dijangkakan. Tidurlah, teruskanlah bermimpi, jangan menyesal jika ketinggalan kerana aku sudah nekad untuk meneruskan perjalanan. Biarlah aku basah berhujan, asalkan aku tidak jauh kebelakang.

Akhirnya, titis-titis mula kelihatan. Mula turun membasahkan bumi yang selama ini kontang dan gersang. Biarkanlah andainya aku basah, biarlah aku lenjun dibasahi hujan. Aku jadikan ini satu pengalaman, bagiku tiada ilmu dan pengajaran yang lebih baik daripada pengalaman. Ia mengajarku erti susah dan senang, ia mengajarku erti kehidupan, mengajarku erti kematangan. Semoga apa yang aku pelajari ini dapat menjadi bekal untuk aku tempuhi hari-hari mendatang. Aku tetap melangkah menempuhi jalan-jalan yang berlopak becak. Hujan tetap turun mecurah kan airnya. Alam mula dibersihkan kotorannya, dialirkan semuanya kesungai dan longkang. Membawa semua kekecewaan nya penyesalan yang selama ini ditinggalkan oleh penghuninya. Semoga air yang menimpaku ini bakal menyucikan aku dari segala dosa silam, dari semua kesilapan.

Melangkah dan terus melangkah, akhirnya hujan yang menimpa mula berkurangan. Guruh yang kencang berdentum mula tidak kedengaran, kilat petir juga mula tidak kelihatan. Awan-awan hitam juga mula beredar, sudah habis air yang dikandung ia mula hilang dari pandangan. Tersenyum aku melihat awan putih mula bertandang, terpandang aku jalur-jalur berwarna dikaki langit. Merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila, dan unggu. Cantik nya ciptaan Mu. Alangkah ruginya bagi sesiapa yang masih terlelap, terlepas dari menyaksikan indah cantiknya pelangi.
Sinar mula kelihatan malu-malu mengintai di celah awan, cahaya nya mula memenuhi alam. Tersenyum aku keseorangan, sinar yang ditunggu mula kelihatan, namun perjalananku masih panjang. Aku terus melangkah dan berjalan, ke satu destinasi yang masih jauh dihadapan. Menuju ke destinasi impian, ke puncak kejayaan, ke gunung harapan, ayuh kawan temani lah aku berjalan.

Tuesday, April 20, 2010

kisah manusia zaman sekarang

kemanakah hilangnya keagungan zaman tamadun Islam yang kita selalu banggakan sekarang? adakah ia hanya akan hilang,luput,berkabut ditelan zaman? atau ia akan sama-sekali dilupakan? aku hanya menyuarakan pendapat ku sahaja. aku juga tidak sempurna, namun tidak salah untuk aku lontarkan pandangan ku. terpulang kepada kamu semua untuk menerimanya atau menolaknya.. lagi sekali aku ingin nyatakan bahawa
aku tidak sempurna aku hanyalah insan hina
MANUSIA SEMAKIN KEJAM
semakin lama manusia menjadi lebih bijak. tapi sedihnya,
segelintir manusia ni bukan makin lama makin bijak tapi
makin suka memijak. manusia sudah semakin berperilakuan
kejam. dah tak peduli undang-undang hanya sebab nak tunjuk
handal. tapi itu bukan handal, tu BAGHAL namanya..

MANUSIA SEKARANG.
buang anak merata-rata macam buang sampah sarap. dalam
sungai, salam tong sampah, tepi masjid, dalam tandas pun
senang-senang kita boleh jumpa bayi. kat manalah diorang
simpan otak diorang agaknya.

MANUSIA SEKARANG.
pantang nampak perempuan cun, terus meleleh air liur.
waima perempuan tu pakai purdah sekalipun, dia sanggup
culik dan rogol. siap angkut kawan sama-sama tumpang
rogol. lepas tu rakam dan edarkan merata-rata.

MANUSIA SEKARANG.
sanggup tengdang mak kandung sendiri, sanggup cincang
bapak kandung sendiri, sanggup tikam darah daging sendiri
bila rasa tak puas hati. lepas tu buat-buat gila depan
polis sebab tak nak ke tali gantung. otak banyak sangat
KELADAK!

MANUSIA SEKARANG.
pakat-pakat culik bayi baru lahir untuk dijual kepada
orang lain semata-mata sebab nak kejar duit. merana
mak-mak yang melahirkan bayi tu dibuatnya. patutnya
dibedah je perut-perut si penculik takyah pakai bius.
baru dia rasa..

MANUSIA SEKARANG.
dulu kalau nak membantah buat petisyen bantahan je.
tapi sekarang ni terus berkumpul ramai-ramai dan buat
rusuhan. takat baling-baling batu tu dah biasa sangat.
sekarang ni baling molotov cocktail lagi nampak takut.
tak kemana takutnya kalau perangai macam BISKUT!

lontarkanla sedikit pendapat korang pasal post nih.!

Tuesday, February 9, 2010

adoii!!! anda tidak gemuk sebenarnya.

inilah antara mat-mat rempit yang
terpaksa bersara dari arena rempit
kerana mempunyai berat badan yang
terlampau berat atau pun obesiti









Sunday, February 7, 2010

mat rempit bila time banjir

aku memang respek la kat budak-budak rempit nih.korang tengok jela. time banjir pon steady je diorang weelie tu. memang aku respek la. majulah rempit untuk negara