Followers

Thursday, March 24, 2011

kisah kawan saya dan telur beliau

ini ismail bukan nama sebenar
Assalamulaikum dan salam sejahtera sudah lama rasanya aku tak melalak kat blog nih.. Sibuk berkerja, kali ini aku nak berkongsi satu kisah yang boleh dijadikan tauladan dan iktibar. kisah ini adalah cerita benar tiada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka. cerita ini betul-betul berlaku dikalangan masyarakat moden sekarang. dalam sibuk mencari kemewahan kesenangan dan keseronokan ramai yang tersungkur berkiblatkan nafsu serakah.

bermula satu kisah.. jeng.. jeng.. jenggg...

kawan saya Ismail (bukan nama sebenar) die ni menetap di sebuah pangsapuri di seksyen 7 shah alam. ruamah beliau di tingkat 8. memiliki sebuah kereta perodoa myvi dan sebijik kawasaki 1000 cc. dan sudah betunang. hahah..

kejadian ini berlaku pada malam hari lebih kurang jam 10 malam. menurut kata nya, beliau ingin turun ke kedai untuk membeli telur (dan-dan la nak beli telur) dalam perjalan nya dia terserempak objek bertudung dan pakawe nye sedang beromen di tingkat 6. dia pun ape la lagi bukak la bijik mata luas-luas dan zoom untuk mendapat gambaran yang lebih jelas.. katanya objek itu sedang comolot dan beringan-ringan. bila tangna si balak nya dah merayap ke kawasan larangan diatas dan dibawah die pun ape lagi teros je soud.. WOIII!!!!! TAK MALU KE!!! (jangan percaya aku rase die tak sound nye pun hahaha). mamat tu ape lagi gelabah beruk la .. terus belah.. hahaha... yang sayang nya si perempuan tu bukan main lawo lagi masalah nye sekarang si mamat tu pula muka pecah rumah.. hahah pe punye taste la..

BALE-BALE APE NAK JADI LA BUDAK-BUDAK SEKARANG..

PAKAI TUDUNG PULAK TU...

KALAU DAH GATAL SANGAT KAWEN LA WOI..

MACAM NI PUNYE ORANG PON ADE KE...

BERTOBAT LA WOI...

HEREN AKU...

Monday, November 8, 2010

Kesiannya Orang Minyak.....

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan salam 1Dunia...

kali ni aku rasa nak post pasal orang minyak.. tapi sebelum tu. Torres score 2 bijik gol lawan Chelsea pagi tadi. 2-0. berbalik pada kisah orang minyak.

orang minyak yang aku maksudkan, bukanlah insan yang berkerja dengan syarikat cari gali minyak, juga bukan pak cik yang jual minyak urut untuk menguatkan tenaga batin di kaki-kaki lima. dan orang minyak yang aku maksudkan juga bukan mat-mat bangla yang berkerja di stesen-stesen minyak. ORANG MINYAK. pengamal ilmu hitam yang melumurkan badannya dengan minyak yang kebiasaaannya berwarna hitam legam. sehitam Drogba yang kalah semalam. hahaha.. biasanya orang minyak ni berjantinakan lelaki.
(ada ke perempuan jadi orang minyak??)

daripada cerita-cerita orang minyak yang banyak difilemkan atau pun cerita dari orang-orang tua. Antara syarat-syarat amalan ilmu hitam yang selalu dikaitkan dengan orang berminyak ini ialah merogol 40 orang anak dara ( yang tak dara tidak dikira) bagi membolehkan mereka menguasai amalan ilmu hitam yang dituntut oleh mereka. akan tetapi kisah orang minyak tidak lagi kedengaran sekarang. kemana hilangnya orang minyak yang selama ini heboh diseluruh malaya.

korang rasa sebab apa? hehehe....

ni pendapat aku, korang nak percaya pun boleh tak nak percaya pun aku tak kisah. pada hemat aku la, orang minyak pun dah malas nak amalkan ilmu hitam tu. iyela, zaman sekarang bukannya senang nak cari anak dara untuk dirogol. kalau sorang dua mungkin tak menjadi masalah sangat. tapi kalau nak rogol 40 orang anak dara, aku rasa pening jugak si "Drogba" tu nak mencari. iyela, zaman sekarang bukan macam zaman dulu-dulu. anak dara bersepah bukan macam sekarang. maaf la aku bukan nya nak kata yang zaman sekarang nih amat susah nak cari anak dara. tapi kita tengok sendiri la, bagaimana cara hidup kita sekarang. yang halal diharamkan yang nyata haram itu jadi ikutan. pelikkan.. tiap-tiap hari mesti ada saja kes-kes kena tangkap basah, lahir anak luar nikah, ini la produk kita sekarang. tengok sajala pergaulan anak muda sekarang(termasuk yang duk menaip ni) sudah tiada lagi batasan. tapi aku percaya dalam kekalutan hidup kita ni masih ramai lagi yang hidupnya tidak jauh hanyut mengikut barat. sedarkah kita, jika dulu kita beranggapan bahawa barat itu budaya nya teruk. tapi kini apa bezanya barat dan kita? kalau dulu rambut nya berbeza tapi kini melayu yang emaknya jawa bapak nya bungis (kompem anaknya melayu) tapi rambutnya ada perang, merah, hijau.. kalau barat bajunya hanya tali dan cebisan-cebisan kain. apa kurangnya kita sekarang? baju kurung hanya dipakai bila kesekolah. hal makan minum dan pergaulan malas aku nak huraikan. korang pikir la sendiri.

Apa-Apa pun aku bukan la baik sangat nak tegur budak timur yang berlagak America nih. cuma aku ingin sama-sama ingat-ingatkan, ingatkan diri korang dan diri aku sendiri juga.


RAKSAKSA LAWAN OTOMEN.. DAH BACA SILA KOMEN....

Sunday, November 7, 2010

Cinta dulu vs Cinta sekarang




Assalamulaikum...

seingat aku masa zaman kecik-kecik dulu ade la satu kes yang amat menggemparkan di kampung aku. kes nya bukan la gempar sangat kalau benda tu berlaku sekarang. peristiwa yang berlaku tak lain dan tak bukan ialah ada sorang gadis kampung aku mengandungkan anak luar nikah. masa tu satu kampung heboh, pergi je mana-mana pun mesti ada orang duk cerita pasal benda tu. bukan main heboh lagi, keluarganya habis malu. malu nak keluar rumah, malu nak kekedai ekoran peristiwa itu. tapi sekarang lain pulak jadinya, benda-benda macam tu dah jadi macam perkara biasa. dah tiada apa yang nak disorokkkan lagi, dah jadi macam perkara tu bukan satu kesalahan. entah apa yang nak jadi dengan dunia sekarang...

mari kita cuba tengok apa bezanya antara cinta dulu dan cinta sekarang..

CINTA DULU dating tempat terang..
CINTA SEKARANG suka jumpa malam-malam..

CINTA DULU hukum Allah didahulukan..
CINTA SEKARANG agama letak dibelakang..

CINTA DULU kawin dulu anak kemudian..
CINTA SEKARANG anak dah 2 orang sorang dalam jamban sorang dalam longkang..

CINTA DULU susah tangan nak berpegang-pegang..
CINTA SEKARANG tak sempat pegang tangan duk syok menyelam..

CINTA DULU mak bapak selalu melarang..
CINTA SEKARANG bapak tegur silap-silap makan terajang..

CINTA DULU hidup semati susah dan senang..
CINTA SEKARANG awak "bagi" saya sayang, tak "bagi" saya tinggalkan..