Followers

Wednesday, June 16, 2010

zaman kanak-kanak.

assalamulaikum malam ini aku nak bercerita akan permainan-permainan yang selalu dimainkan oleh aku pada zaman-zaman hingusan dulu. aku yakin apa yang aku coretkan disini bukanlah pengalaman aku seorang sahaja. ini ialah memori, pengalaman dan kenangan yang sama sekali tidak akan dapat dilupakan oleh kita semua. kehidupan dizaman 80an dan 90an bukan lah seberuntung zaman sekarang.Jika di zaman ini budak-budak tergilakan game komputer, PSP, play station dan medium-medium hiburan yang berteknologi dan agak mahal harganya. Ia sama sekali berbeza dengan kehidupanku dulu. Hiburanku adalah alam, permainanku tidak memerlukan modal yang besar. permainanku bukanlah tercegat di depan tv menekan punat-punat joystick PS2. alangkah seronoknya jika aku dapat kembali kezaman kanak-kanak. hehehe.... mari kita bermain.... mainnnnnnn!!!!!


MAIN BALING GULI

Mula-mula kena la maen lat talilat tali tamplong dulu. Ini adalah salah satu cara yang paling efisyen untuk memilih ahli-ahli kumpulan. Lepas tu sapa kalah kena la baling guli kat tanah. Sorang lagi akan ambik mood sebelum mentarget guli yang kat tanah sebelum dibaling menggunakan gulinya. Akan tetapi ia bukanlah satu tugasan yang mudah, kejituan, kepersisan dan ketenangan adalah amat penting dalam permainnan ini.


MAIN LEMPAR SELIPAR

Tiga selipar didirikan seperti bentuk peramid. Lepas tu sorang akan baling selipar tadi dengan selipar juga. Tapi ada jugak yang baling guna bola. Bila selipar kena sasaran, team bertahan akan menghalang team yang lagi satu dari menyusun semula selipar yang roboh tadi. Selipar akan dibaling, jika terkena badan pihak lawan mereka dikira mati. Jika mereka berjaya menyusun semula selipar-selipar itu. Maka mereka dikira menang.


MAIN NYOROK-NYOROK

Dalam bahasa orang putihnya hide and seek. Orang yang kena cari tu akan bilang sampai sepuluh kemudian yang lain akan bertempiaran menyorok. Lepas tu kena la cari orang yang menyorok tu tadi sampai dapat. Antara tempat-tempat strategik untuk menyorok ialah dalam-dalam semak, atas pokok dan tempat yang paling susah nak cari adalah nyorok kat rumah sendiri. Sampai malam la orang mencari tak kan jumpe. Hehehe..


MAIN ROUNDERS

Zaman-zaman dulu bolanya dibuat daripada gumpalan lelehan susu getah yang beku dan dililit supaya membentuk sebijik sfera yang dipanggil bola. Tapi kebiasaanya pada zaman 80 dan 90 an bola tennis atau bola plastik biasa digunakan. Kayu pemukulnya dibuat dari papan-papan atau batang-batang kayu sebesar lengan. Cara main ala-ala bola lisut tapi versi kampung. Asal dari kampung.


MAIN LASTIK BURUNG

Lastik dibuat dari kayu ranting pokok jambu batu atau batang pokok senduduk. Pastu kalau kreatif boleh la buat ukiran sendiri. Getahnya pula dari tiub tayar motor yang dah tak diguna, pelapik nya dari lidah kasut yang dah tak diguna lagi. Kebiasaannya program melastik bergiat dengan aktifnya bila tiba musim buah. Antara burung yang selalu menjadi mangsa lastik ialah burung merbuk, seridit dan kelicap.


MAIN KONDA KONDI

Konda-kondi ni permainan yang kena buat satu lubang kat tanah. Lepas tu cari dua batnag kayu yang panjang dan pendek. Kayu yang pendek diletakkan menyilang dilubang dan kayu panjang digunakan untuk menguis dan mengetuknya. Akan ada satu team yang lain yang akan menagkap kayu pendek itu.


MAIN KAWIN-KAWIN

Hehehe.. dalam banyak permainan zaman kecik-kecik dulu main kawin-kawin la yang paling seronok. Main kawin-kawin nih mainan budak perempuan tapi lelaki pun ada jugak yang join, iya la kalau tak ada lelaki sape pula yang nak jadi pengatin lelaki nya. permainannya macam oranh kawin la. Bagi tetamu makan, pengantin dihias dan di rai. Pengantinnya selalu orang yang tengah hangat bercinta monyet. Yang biasanya selalu digosipkan time kat sekolah.


MAIN GALAH PANJANG.

Pemainan ini dimainkan di kawasan lapang yang dilukiskan garisan-garisan berbentuk segi empat. Lebih kurang macam gelanggang badminton la tapi ada tiga atau empat segi empat semuanya. Di atas setiap garisan akan ada seorang pemain yang akan menghalang pasukan lawan dari masuk ke kawasan yang dijaga mereka.


MAIN POLIS SENTRI.

"polis sentri one two jaga, polis mati pencuri jaga..." sambil pointing jarinyer ke setiap tangan pemain secara berulang. Beginilah caranya untuk menentukan siapa polis dan siapa pencuri. Sama juga dengan dunia realiti pasukan polis akan menangkap pasukan pencuri sehingga dapat. Pasukan polis dikira menag jika semua pencuri sudah ditangkap.

semua artikel yang dipaparkan adalah hasil tulisan MiloPanas bukan copy paste okay.
sebarang penyiaran semula artikel sila la letak link blog milo k..

17 comments:

  1. aku suka main kawin kawin ahah. tak tipu aku tak suka sebab aku slalu kena jadi pengantin laki. dulu aku suka main konda kondi ngan guli, sebab aku terer.

    ReplyDelete
  2. walllaaaaa...semua game tu aku penah main!!rindu giler ah!!!
    My latest post:Kwn baik semua org

    ReplyDelete
  3. huk!nice post..entry ni buat teringat zmn kanak2 ribena dulu..

    part kawin2 tuh mmg lawak..huhu


    singgah+follow..
    follow sy lau ade mase:)thnx

    ReplyDelete
  4. salam,

    kalau diberi pilihan
    ingin juga kembali kezaman kanak2 tapi tak ingin juga...
    ada benda ku suka zaman itu
    ada benda ku tak ingin lagi
    zaman kanak2 adalah semalam
    zaman ini untuk esok...

    ps:
    ku ingin boikot milo
    mampu ke?
    lalalala

    ReplyDelete
  5. mmg selama ini ku suka minum milo panas or hot choc...

    lalala

    ReplyDelete
  6. tersenyum ble bace entry nie...
    teringat zamn sekolah...
    x banyak sgt pengalaman men2 ni...sebab suke duk dlm umah jek......

    ReplyDelete
  7. rindu nya zaman budak2..rasa nak patah balik kalau boleh..dulu suke main slipar..main2 gaduh..haha

    ReplyDelete
  8. satu lagi yg aku suka men
    main batu seremban.
    tapi kt tempat aku pgl main batu ja sbb kt kedah takdak seremban
    hehehe...
    cari batu 9bijik n ajk geng main..
    yg seronoknya..men batu tak pernah tamat..jumlah kiraan akan smbung dr hari ke hari...bes sesangat...

    ReplyDelete
  9. wah bes nye dulu dulu. skrg game2 ni dh dilupakan

    ReplyDelete
  10. aduh, tiba2 aku teringat zaman aku kecik2 dulu. macam2 main..seronok je..hehe

    ReplyDelete
  11. he2..dulu2 main kawin2 ja..yg lain xmain...ngeh3..

    ReplyDelete
  12. salam ziarah..
    ada lagi hang tertinggal..or tak pernah main? main masak2,,buka kedai jual nasi lemak..bayar pakai duit daun..hehe ;)

    ReplyDelete
  13. ada lagi tertinggal...

    main ketinting aka decot...hehe..

    best woo main mende2 ni...lama xmain..agak2nya la kan mesti budk2 sekarang xkenal dah permainan ni kan...

    ReplyDelete
  14. polis sentri tu sepatutnya polis and thief kan kan kan

    Terbaru : Dilemma Wanita Gorjes

    ReplyDelete
  15. semua main.................besttttttttttttttttttt

    ReplyDelete