Followers

Tuesday, June 8, 2010

kesempurnaan



Mencari kesempurnaan..
Apakah itu sempurna, pada pemikiran ku sempurna itu adalah satu pencapai yang mana sesuatu yang sudah diperoleh atau dicapai itu sudah cukup, tiada cacat celanya, tiada sebarang kelemahan dan keburukannya. Namun adakah sesuatu benda, jisim ataupun makhluk yang sudah mencapai tahap sempurna. Satu tahap yang mana sudah tiada sebarang kelemahan dan keburukan nya. Pada hemat ku tiada benda yang betul-betul sempurna di muka bumi ini. Yang sempurna hanyalah Dia Yang Esa Yang Maha Sempurna. akan tetapi adakah salah bagi kita untuk berlumba dalam mengejar kesempurnaan? Mustahilkah bagi kita untuk mengecapai kehidupan yang sempurna.

Aku sering kali mempersoalkan diriku yang jahil lagi kosong ini. Apakah itu kesempurnaan dalam sesebuah kehidupan. Adakah wang berjuta yang menjadi ukuran. Atau segulung ijazah yang dipandang. Adakah not-not kertas yang bercetakkan digit-digit RM5, RM10, RM50 dan RM100 boleh memberikan aku hidup yang sempurna? Namun sempurnakah hidup Sultan Brunei yang mempunyai beratus koleksi kereta mewah yang disumbat didalam garaj-garaj peribadinya itu. Adakah Donald Trump sudah cukup sempurna hidupnya dengan aset-aset yang bernilai berbilion-bilion dolar itu.

Bagiku tidak salah untuk cuba mendapatkan kesempurnaan itu. Mungkin sempurna yang berlegar di benak pemikiran kita itu bukan lah sempurna yang betul-betul sempurna. cukuplah sekadar mengecapi secubit nikmat dari selautan rahmat dan nikmat Nya. Akan tetapi dalam mengejar kesempurnaan itu jangan lah kita leka atau lalai. Manusia itu sendiri bersifat lalai maka akan sahaja melakukan kesilapan. Namun sebaik-baik manusia ialah mereka yang mempelajari kesilapan mereka dan tidak mengulanginya lagi. Namun kita dituntut untuk berusaha untuk menghampiri serta menuju kesempurnaan kerana ia akan membawa kebaikan secara keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment