Followers

Sunday, March 28, 2010

salah ibu mengandung, salah ayah cucuk serong?

ASSALAMULAIKUM semua. dan salam sejahtera juga. mula-mula sekali aku aku nak berterima kasih banyak-banyak kat siapa-siapa yang dah komen post aku pasal hubungan sejenis dan kes gugur bayi. serius sebelum nih aku dah post 116 post. memang terharu la bila orang komen ape yang aku tulis. terharu maru aku, lepas nih sape yang komen paling banyak aku nak bagi hadiah la.. heheheh... tak lupa juga pada yang dah follow blog aku yang membosankan nih. dan tak ketinggalan juga pada yang duk menjerit kat shout mix aku tuh..
ni pencuri pukul nak?
okey hari nih aku nak mencarut pasal budak-budak yang panjang tangan nih. panjang tangan bermakna orang yang bodoh,bebal,sial, ngok, sengek, gila, haram, memang dari kecik sampai kebesar aku memang pantang dengan orang yang suka mencuri nih. nak je aku sula bontot korang nih. kepada yang belum tahu dan yang sedia maklum. aku sekarang nih sedang menuntut ilmu kat METC MAS Engineering Training Centre di Complex B Airport Subang. aku stay kat Ara Damansara. kitorang seramai +-200 orang menetap kat sini. dalam ramai-ramai nih ade la yang jenis panjang tangan dan bebal otak nih. jumlah barang-barang yang hilang memang tak terkira la banyak nya. beriban-riban la juga,
best nye kalau aku boleh pukul si pencuri nih

rumah aku saja dah kehilangan 4 bijik henset, 1 labtop. bodoh bangang la kamu wahai si bebal. aku tak tahu la korang jadi bongok sebab salah ibu mengandung atau salah ayah cocok serong. heheh... aku sebenarnya dah tahu ade sorang budak yang suka mencuri nih. nama nya sulaiman (bukan nama sebenar) nak je aku pukul. bukti memang dah ada, saksi pom ade tapi masalah nya aku dah lama bersara dalam bidang pukul memukul nih. aku pum kesian kat budak nih, kalau aku report kes nih kat admin aku takut budak nih kena buang pulak. sebab kat tempat aku nih kalau ada buat kes curi mencuri nih kompem kena buang nya. kalau dipukul dia report plak tak ke nanye aku. adoii~ so aku ambik pendekatan terbaik tuk biar jela budak tuh. biar jela tu urusan dia dengan tuhan n dengan tuan barang yang dia curi tuh.

aku serius cakap aku memang dari sekolah menengah lagi memang nakal,
(nakal bukan jahat) dah banyak kali aku kena gantung sekolah. kena masuk bilik disiplin memang biasa lah tu, dah kire bilik tuh kelas kedua aku. biasa kes aku buat pukul budak, kacau budak pempuan, ponteng, fly,rokok tu jela. tapi kalau bab-bab mencuri nih memang aku tak pernah,



PRINSIP AKU, AKU TAK KAN PERNAH DAN TAK KAN MENCURIK, MINUM ARAK, TEBUK ANAK DARA ORANG, DAN TAK KAN AMBIK DADAH. CUKUP LA DENGAN ROKOK JE.

aku takkan buat semua nih sebab bagi aku semua tuh ada berkait dengan orang lain, apa yang kita buat tuh bakal menyusahkan orang lain. susah kan diri sendiri lain cerita la. mencuri kompem la nyusahkan orang kan? tebuk anak orang lagi la. kalau tak kantoi tak ape, tapi buat nya terbunting anak orang tuh tak ke mamposss. lagi satu hal minum dan dadah, memang la kita buat semua tuh pakai duit sendiri samada duit mak bapak korang yang jerih membanting tulang empat kerat kat umah tuh. or duit pinjaman MARA atau PTPTN ke. time korang ada duit boleh la korang cakap ala aku ambik bende tu pom pakai duit aku sendiri tak ada pom mintak duit sape-sape. itu time ko ade duit. tapi bila dah kering? tangan dah ketar-ketar hingus dah meleleh? duit MARA pom dah abes? nak mintak dengan mak pom mak baru masukkan semalam? mana korang nak kedap duit tuh? ambik jalan mudah. M.E.N.C.U.R.I.... hahaha.... (lepak jap isap rokok)

adoi rokok pun tinggal sebatang je nih. lupa nak beli lepas tengok Chelsial bantai Aston villa 7-1 semalam. okeh balik pada kes mencurik nih, kepada sesiapa yang suka mencuri tuh aku sertakan dalil tentang hukuman mencuri nih.

”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(Surah Al- Maidah ayat 38)



aku rasa negara kita nih wajar la memperuntukkan hukum hudut nih. kasi potong tangan sesiapa yang suka mencuri nih. tapi masalah nya, negara kita nih cuma ada hukuman penjara dan denda je. biasala negaraku yang tercinta nih buat la salah macam mana pun kalau ada duit kompem boleh lepas nya. masalah nya ada pula yang keluar kan kenyataan kalau kita buat hukum hudut nih ramai la orang malaysia ni yang kudung tangan nya. adoiii~ akai tak da ke? ini hukum Allah mana boleh buat main-main. buat gurau-gurau. aku pon mengaku aku bukan la baik sangat pun kadang-kadang yang wajib pun aku tertinggal, tapi benda-benda agama nih aku tak buat bergurau la.

okey la aku pun dah penat menulis nih. aku harap kita semua boleh la ambil iktibar ape yang aku coretkan hari nih. kalau ada siapa-siapa yang tersinggung dengan penulisan aku hari nih aku mintak maaf bebanyak la. lagi satu hal kalau free sila la letak siket komen okeh? kalau nuffnang aku tu tak tido, sila klik ye. baru je letak semalam. hehehe...
selamat berweekend semua.. ASSALAMULAIKUM.

10 comments:

  1. nice job bro!
    i do love this post...
    aku rasa aku kenal kot sulaiman tu..ish2...moga dia bertaubat =)

    ReplyDelete
  2. meh la sini farah pukul dia. biar dia rasa. nyum nyum

    ReplyDelete
  3. Ko bagi la galakkan kat die suh mencuri lagi...

    Maksud Aku, ko 'saiko' die.
    Guna reverse psychology.

    Kompon nanti die penatnye lah nak mencuri lagi.

    Hahaha...

    ReplyDelete
  4. tol tu..lau nak nakai..nakai tok dri sendri sudah...jgn dk nyushkan org lain..hahahha

    ReplyDelete
  5. Milo, ada award dari akak lah, sila amek tau.

    ReplyDelete
  6. moh mat! haha..selam ke tasik cukhup bha

    ReplyDelete
  7. milo.... ko ajak die g solat kat masjid.... solat 5 waktu..... biar die jage solat uh.... Sesengguhnya solat itu mencegah dari perbuatan mungkar..... insyaalllah Allah akan ubah diehh... yoopppp

    ReplyDelete