post aku kali nih berjudul kenapa susah nya nak mengaji. mengaji yang aku ingin tekankan sekarang bukanlah mengaji kalam suci Allah Al-Quran tapi mengaji yang aku ingin ketengahkan ialah belajar ataupun menuntut ilmu. pernahkah kita tanyakan diri kita? kenapa la aku nih susah sangat nak study? kenapa la aku ni malas sangat? kenapa? kenapa?
kalau aku memang aku terang-terang tanpa perlu disuluh oleh lampu kalimantang berkuasa 120watt memang aku ni malas nak study. aku rasa aku memang dilahirkan untuk malas kot. korang cuba bayangkan masa nak SPM dulu pon aku tak study. masa form 5 aku duduk hostel so boleh la tengok geng-geng aku ni pecah kepala berdarah lubang hidung duk menelaah buku tesk mahupun buku rujukan SASBADI disebabkan oleh SPM. nota-nota, peta minda penuh bertampal di dinding-dinding loker, tepi-tepi dinding juga semak dengan fakta-fakta dan juga rumus-rumus fizik, algebra, formula-formula kimia, masa tuh ada lagi sebulan nak SPM. gila ke? heehhe..
tapi lain pula bagi aku dan roomate ku yang tercinta POK LOH. nota itu mustahil. peta minda itu hanya menyemak. formula kimia hanya H2O je yang aku tahu. add math memang haram. pengamiran, perbezaan, persamaan serentak aduhh.. memenatkan otak je semua tuh. dikala orang lain khusyuk menghambakan diri kepada buku aku sibuk bermain game kat game boy atau pon maen sonic kat n-gage. istilah study hanya wujud dikala seminggu sebelum exam, masa tu la aku baru nak membelek buku menghafal sejarah Malaysia, baca pasal k-ekonomi, k-masyarakat. masa tu la aku baru belajar buat pesamaan kimia. masa tu memang betul-betul gila. tido tak tahu kemana. tapi makan tetap makan, tapi alhamdulillah aku tetap berjaya menghadapi exam tuh dengan berjaya nya. hehe..
pointer 0.18... aku silap tulis ke ape nih. iye betul memang 0.18. lawa memang lawak. masa nih aku mengenjoykan diriku kat kat matrix chanlung kos fizik. o.18 bang, memang aku betul-betul malas study mase duk matrik. alasan aku satu je, matrix susah! abis cerita. dari dulu sampai sekarang aku stay malas. satu penyakit yang tiada ubat yang boleh mengubatinya.
okey aku rasa dah banyak aku kongsi pasal bertapa susahnya aku nak study. sekarang aku nak bagi siket nasihat untuk dijadikan peringatan untuk diri aku sendiri dan korang semua. sebenarnya nak mengaji ataupun study bukan la susah sangat asal kan kita rajin, bukan nya rajin banyak cukup la hanya sekadar rajin-rajin sedikit. bak kata orang
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.sekian saja coretan hari aku untuk kali ini. mata pon dah ngantuk, ingat lepas nih nak tengok match Man U plak. apa-apa pun Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kita sendiri yang mengubahnya. sama-sama la kita memikirkan nya.
kalau usaha segantang, segantang la kita dapat,
kalau usaha secupak, secupak la kita dapat,
kita yang menentukan hidup kita bukan orang lain,
perahu sudah diair pendayung sudah ditangan,
bergantung pada kita hendak kayuh kehulu atau ke hilir,
ASSALAMULAIKUM~ kata-kata akhir dari aku. SILA AMBIL IKHTIBAR, SILA RENUNGKAN DAN SILA KOMEN.
he he nice story, yang penting keep spirit :)
ReplyDeletenice entry
ReplyDeletebiasa la en.milo panas...nama dah stdy mesti adanya rasa malas...apatah lg kalu subject tuh yg paling kita tak suka...
ReplyDeletetp kalu BUKAK FB rajin lak...maklumlah benda yang kita suka buat...tak gitu?..hahahahha
nak taknak tetap kene study jugak.. sebab tu tanggungjawab kita.. kita hidup bukan utk main je.. boleh main, tapi ada masanya yg tertentu.. utamakan yg penting dulu pastu baru bleh nk main dgn senang hati..
ReplyDeletemcm ckp td, study tu tanggungjawab.. study dapat pahala, tunaikan tanggungjawab pon dpt pahala.. dan dpt ajar kita erti sebenar tanggungjawab.. ruginya hidup kalau kita sia2kan semua tu..
semoga berjaya dlm study dan juga dalam hidup.. btw, nice entri..
ko nudak kmk dulu?.. batch mn ?..
ReplyDeletemn ada org dilahirkan malas bro.. semangat nak lawan nafsu malas tu xcukup kuat je cam aku ni la...
tapi aku pun sama je malasnyer ,
nak exam je mula pecah pale bwu nak bukak buku..
heppp mlas sikit2 je okeyh??sile rajen kn diri meh~~~pk mase depan~~heeeee
ReplyDeleteadehh..ckp kt org...i pon same!hee
hype!
ReplyDeletehi5!kiter geng,,,geng malas~
ngeh3...
selalu jer kn tanya kenapa la malas tahap dewa,,,tapi sendiri tanya,,sendiri jawab,,dah mmg malas,,nk wat camner..
study last minute tu pon penting,,
5 min sblm exam pon sempat absorb ap yg patut,,nice~ kih3...
dan skang dah xder exam,,,unggu smbung master nnt =)
hahahaha...aku kenal mamat tido tu!haha
ReplyDelete