ditahun 2010..
tiada perubahan besar di dunia moden ini kecuali
bangunan-bangunan pencakar langit yang lebih canggih
kekayaan dan kekuasaan masih merupakan syarat-syarat
yang penting untuk terus hidup di bumi ini. adat
ini sememangnya tidak dapat diubah lagi. nyatalah,
manusia ialah makhluk yang rakus dan tamak. mereka
tidak berpuas hati lagi dengan segala harta yang
diperoleh dengan menggunakan not-not kertas yang
bernama WANG.
manusia pada zaman ini lebih gemar melakukan
perkara-prkara yang abnormal untuk mencari keseronokan
serta kerja-kerja yang menyalahi undang-undang.
sejak manusia mpemeradaban, banyak kemajuan yang
telah diperoleh. kawasan-kawasan permai telah menjadi
idaman setiap orang. akan tetapi dapatkah para manusia
mengimbas kembali segala keburukan dan kekejaman yang
timbul akibat arus kemodenan itu?
peperangan, kelaparan, pemerintah yang diktatorial,
peramapasan kuasa, keganasan, ketamakan dan hawa nafsu
yang tidak terbatas merupakan perkara remeh-temeh bagi
manusia salam mengejar kemajuan dan kemodenan! adakah
perkara-perkara sebegini timbul disebabkan oleh sikap
manusia itu sendiri ataupun ia merupakan satu proses
semula jadi dalam perkembangan tamadun manusia?
BERTAMADUNKAH KITA?
sudah letih jari aku menaip. sudah letih mataku
mengadap skrin LCD BENQ 19". sudah kering
otakku diperah untuk menyiapkan entri untuk
tatapan korang. sudi-sudikan lah untuk mencoret
sedikit pendapat di ruangan komen.
baru belajar pasal tamadun dlm course agama islam..
ReplyDeletehehehehe..
kalau setakat bangunan tinggi menjadi penanda aras ketamadunan... alangkah sayangnya nilai manusia
ReplyDeletemanusia kaya ngn sains dan teknologi tapi miskin ngn nilai2 kemanusiaan~manusia sudah lme tamadun ngn keduniaan tp masih lg ketinggalan dlm kerohaniaan~
ReplyDeletekita makin maju, akhlak makin mundur..
ReplyDeleteKita semakin kembali kepada jahiliyyah~maju tiada ertinya jika jasad terperangkap dalam bentuk haiwan
ReplyDelete